Anda di sini

Kerajaan Negeri akan tubuhkan Sabah Youth Aspirations Center

Advertisement
PHOONG
PHOONG

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Negeri akan menubuhkan pusat potensi belia yang akan dikenali sebagai Sabah Youth Aspirations Center (SYAC).

Inisiatif itu termasuk antara keutamaan Kerajaan Negeri selaras Pelan Strategik Pembangunan Belia Sabah 2016-2030 membabitkan peruntukan sebesar RM86.1 juta.

 Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe berkata SYAC akan bertindak sebagai pusat sehenti belia dan diletakkan sebagai salah satu program di bawah kementeriannya.

 “Saya kemukakan idea untuk mewujudkan SYAC dan gembira kerana Ketua Menteri turut menyentuh perkara ini di dalam ucapan pembentangannya,” katanya.

 Phoong ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2020 oleh Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Mengulas lanjut beliau percaya SYAC akan memainkan peranan penting di dalam agenda pembangunan dan pemerkasaan belia di negeri ini, khususnya melibatkan keusahawanan.

“Kita memberi peluang bantuan kepada usahawan yang baharu memulakan perniagaan, berbanding fokus sebelum ini kepada mereka yang sudah dua atau tiga tahun berniaga.

“Perkara ini dilakukan kerana kita tahu ramai golongan belia yang mahu memulakan perniagaan tetapi berhadapan kesukaran kerana masalah modal,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, beliau juga akan memberikan tumpuan kepada usaha mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang kreatif termasuk nyanyian dan tarian.

Menurutnya, dalam aspek sukan pula, kementeriannya akan memberikan fokus membaik- pulih kemudahan atau fasiliti yang mengalami kerosakan teruk untuk diberi keutamaan.
 
“Terima kasih kepada Ketua Menteri untuk peruntukan yang diberikan dan kita yakin belanjawan kali ini amat baik untuk belia dan juga pembangunan sukan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement