Anda di sini

Forum Usahawan Muda ASEAN 2019 platform terbaik tingkatkan perniagaan lebih inovatif

Advertisement
Dr Zaidi (tiga kiri) melakukan simbolik perasmian AYEF 2019 di sini, hari ini

KUCHING: Forum Usahawan Muda ASEAN (AYEF) 2019 dilihat sebagai  platform terbaik untuk membincangkan dan berkongsi idea yang lebih inovatif bagi mempertingkatkan perniagaan terutama dalam era yang mencabar ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia juga melatih usahawan muda tentang pembangunan perniagaan melibatkan penggunaan e-dagang dan aplikasi digital lain dalam perusahan mereka.

"Justeru, saya menyarankan peserta terdiri dari pemimpin belia, profesional muda dan peniaga dari seluruh negara ASEAN  untuk memanfaatkan forum ini dengan mencipta peluang baharu untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran lebih meluas.

"Saya yakin AYEF 2019 dapat memberi pendedahan kepada usahawan muda ASEAN khasnya dari Sarawak untuk lebih berdaya saing serta dinamik dengan inovasi dan teknologi masa kini. Sekali gus menjadikan belia ASEAN sebagai penanda aras di semua bidang terutama dalam keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Dr Zaidi Razak pada majlis perasmian AYEF 2019  bertemakan 'Connecting AeaASEAN Youth Towards  Greater Social Innovation' di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Dr Zaidi (empat kiri) menyaksikan salah satu MOU yang dimeterai pada majlis perasmian AYEF 2019 di sini, hari ini.

Menurutnya, AYEF 2019 merupakan acara keusahawanan di Sarawak (Kuching) yang menghimpunkan belia dari pelbagai negara ASEAN.

"Forum ini memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh ilmu pengetahuan baharu  mengenai isu atau topik utama yang dihadapi ASEAN lebiih-lebih lagi melibatkan perusahaan atau perniagaan sosial selain memahami peranan belia ke arah membangunkan rantau ini.

"Ini kerana belia memainkan peranan penting ke arah mencapai matlamat ASEAN khususnya visi yang ditetapkaan pada tahun 2030. 

"Diharapkan dengan penganjuran forum seperti ini akan mmberi inspirasi kepada belia usahawan kita untuk berfikiran lebih dinamik dan inovatif," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi AYEF 2019 memberitahu, Nizam Khalyd berkata, lebih 200 usahawan muda dari 10 negara ASEAN menyertai forum itu selama dua hari yang bermula 15 November lalu.

Menurutnya, forum itu menampilkan penceramah terkemuka seperti Presiden Worldclass Trade Development Berhad, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj, Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Sosiobudaya ASEAN, Kung Phoak dan Presiden Organisasi Kooperatif ASEAN, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

"Selain itu, sebanyak empat sesi dibincangkan dalam forim ini iaitu inovasi sosial, ekonomi digital, pasaran milenium dan keharmonian ASEAN dalam perubahan," tambah beliau.

Majlis itu turut menyaksikan empat perjanjian memorandum persefahaman  (MoU) dimeterai untuk bidang keusahawanan melibatkan Himpunan Pengusaha Muda Indonesia Kalimantan Barat (HIPMI KALBAR) dengan Persatuan Usahawan Sarawak (SEA),  Serapi Bayu Sdn Bhd dengan Universiti Malaysia Sarawak, SCAPE Co.Ltd  dengan Koperasi Belia Inivatif Sarawak (KOBIS) dan Iana Corporation Sdn Bhd dengan Rosfaniaga Services (B) Sdn Bhd.
 

  • oleh
  • Advertisement