Anda di sini

Beraksi lebih agresif

Advertisement
 Barisan pemain Kuching FA jelas lebih bersemangat pada sesi latihan petang semalam.
BERSEMANGAT: Barisan pemain Kuching FA jelas lebih bersemangat pada sesi latihan petang semalam.

KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong tetap menyasarkan kemenangan dalam perlawanan penutup tirai Liga M3 2019 menentang Ultimate FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini malam ini.

“Perlawanan menentang Ultimate adalah aksi terakhir kami musim ini dan kemenangan menjadi misi di tempat sendiri,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, beliau akan memastikan semua pemainnya tampil dengan aksi lebih agresif dan tidak memberi ruang kepada pasukan lawan sepanjang saingan.

Anak jati kelahiran Kampung Sebandi Matang, Asajaya itu akan menurunkan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan hujung minggu ini.

“Semua pemain bebas kecederaan dan penggantungan memberi peluang kepada kita untuk mempertaruhkan barisan kesebelasan terbaik,” jelas Ideris.

Sambil berharap kemenangan malam ini sebagai hadiah istimewa kepada peminat-peminat yang selama ini sentiasa bersama pasukan Kuching FA.

Ideris berkata, beliau percaya semua pemain juga mahu menoktahkan perlawanan terakhir mereka musim ini dengan tiga mata penuh.

  • oleh
  • Advertisement