Anda di sini

Pejabat daerah baharu beri manfaat kepada 40,000 penduduk Kalabakan

Advertisement
JABLEE
JABLEE

KALABAKAN: Pejabat Daerah Kalabakan yang sudah beroperasi sejak Januari tahun ini  memberi kemudahan kepada kira-kira 40,000 penduduknya.

Mantan Pegawai Daerah Kalabakan, Jablee Jaratul berkata penduduk tidak perlu lagi  berulang-alik ke Tawau sejauh 110 KM untuk membuat pembayaran cukai dan urusan  penting yang lain.

"Kita yakin daerah ini akan maju seperti daerah Tawau jika pembangunan infrastrukturnya diperbaiki dan ditambah seperti daerah-daerah yang lain," katanya.

Beliau berkata, seiring dengan kemajuan yang sedia ada kerajaan harus menaik taraf bekalan air dan elektrik di kawasan berkenaan. 

"Hal ini, Kalabakan kerap mengalami masalah bekalan air selain terdapat beberapa  kampung yang belum diwartakan tidak mendapat bekalan air bersih," katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pra Pelancaran Pejabat Daerah  Kalabakan di sini, semalam.

Menurutnya, peruntukan kepada Kalabakan sebanyak RM600 juta dalam Pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini yang dikhaskan untuk menghubung Jalan Kalabakan-Simanggaris Indonesia perlu dimanfaatkan sepenuhnya. 

 “Kita juga sedia maklum bahawa ibu kota Indonesia juga akan berpindah ke Kalimantan dan peluang ini amat baik untuk daerah ini. 

“Saya berharap peruntukan ini dapat disalurkan pada tahun depan bagi menghubungkan kedua negara termasuk dari aspek pembangunan pendidikan,” katanya.

Terdahulu Jablee merupakan mantan Pegawai Daerah Kalabakan yang akan ditugaskan menjadi Pegawai Daerah Telupid dan pengantinya Rasyid daripada Pejabat Daerah Tongod.

  • oleh
  • Advertisement