Anda di sini

Pasar raya Emart anjur jerayawara Anmum Essential tiga hari

Advertisement
 George Wong (dua kiri), Teng Chiew Leng (dua kanan) pengurus cawangan Choon Hua Trading serta kakitangan pasar raya Emart Supermarket mempamerkan susu tepung Anmum Essential.
NUTRISI PENTING: George Wong (dua kiri), Teng Chiew Leng (dua kanan) pengurus cawangan Choon Hua Trading serta kakitangan pasar raya Emart Supermarket mempamerkan susu tepung Anmum Essential.

MIRI: Pasar raya Emart di kompleks beli-belah Emart Riam dengan kerjasama Fonterra Brands Malaysia dan Choon Hua Trading Corporation Sdn Bhd, kini sedang menganjurkan kempen Anmum Essential selama tiga hari bermula 15 hingga 17 November.

Jerayawara ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para ibu bapa tentang nutrisi dalam susu formula untuk anak-anak yang semakin meningkat umur dan kesannya terhadap tembesaran mereka, kata eksekutif pemasaran Fonterra Brands Malaysia George Wong.

Menurut kenyataan rasmi Fonterra Brands Malaysia, Anmum Essential adalah satu-satunya susu tepung yang dirumus khas untuk kanak-kanak dengan tiada gula tambahan dan 100 peratus kebaikan susu.

Sekarang, dengan Mind-Q Connect, ia mengandungi DHA dan dua kali GA (Gangliosida), kerana nutrisi-nutrisi tersebut amat penting dalam membantu tumbesaran otak.

 Susu tepung Anmum Essential tiada gula tambahan yang diformulasi khas untuk kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun.
BAIK UNTUK KANAK-KANAK: Susu tepung Anmum Essential tiada gula tambahan yang diformulasi khas untuk kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun.

Anmum Essential juga mengandungi 15 nutrisi pen-ting termasuk vitamin dan zat galian.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi jerayawara Anmum Essential di pasar raya Emart hujung minggu ini, di mana wakil-wakil Anmum Essential sedia memberi penjelasan tentang susu tepung keluaran Fonterra Brands.

Selain harga yang lebih rendah, para pelanggan juga boleh mendapat hadiah percuma semasa jerayawara ini berlangsung.

Fonterra Brands merupakan pengeksport produk tenusu terbesar di dunia dari New Zealand, dan pembekal terkemuka rangkaian terbesar produk tenusu dewasa dan ibu hamil, yogurt dan bahan-bahan khusus untuk memenuhi keperluan pengguna dan pengendali perkhidmatan makanan profesional di lebih 140 negara di seluruh dunia.

Di Malaysia, Fonterra Brands mengeluar, mengedar dan memasarkan rangkaian produk tenusu, termasuk susu sedia diminum, susu tepung, minuman susu berkultur, keju dan mentega di bawah jenama Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, Calciyum, Anlene dan Anchor.

Semua produk tenusu Fonterra Brands di Malaysia mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT).

Advertisement