Anda di sini

Pasar raya 100% Super Store, Genesis Parade adakan jualan ulang tahun

Advertisement
 Pasar raya 100% Super Store Genesis Parade, Jalan Matang Batu Kawa.
DIBUKA SETIAP HARI: Pasar raya 100% Super Store Genesis Parade, Jalan Matang Batu Kawa.

KUCHING: Pasar raya 100% Super Store, Genesis Parade di Jalan Matang Batu Kawa di sini kini mengadakan promosi jualan istimewa ulang tahun dari 15 November hingga 15 Disember 2019.

Menurut Jurucakapnya, sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti dan promosi diadakan di premis tersebut.

“Seperti pemegang kad keahlian kita akan menikmati diskaun sehingga 10 peratus bagi setiap produk China (mengikut terma dan syarat). Kita juga menawarkan kupon istimewa kepada pembeli untuk pembelian tiga barangan terpilih seperti dispenser air sembilan liter, laci lima tingkat dan kotak simpanan jika pelanggan berbelanja RM50 dan ke atas di pasar raya kita sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati poto-ngan harga 50 peratus bagi barangan pinggan mangkuk seramik antik pelbagai jenis sepanjang tempoh promosi itu.

 Antara pinggan mangkuk seramik antik yang boleh didapati pada harga istimewa.
BANYAK PILIHAN: Antara pinggan mangkuk seramik antik yang boleh didapati pada harga istimewa.
 Hamper gergasi yang perlu diteka pelanggan bertuah.
TEKA DAN MENANG: Hamper gergasi yang perlu diteka pelanggan bertuah.

Bagi kanak-kanak yang meraikan hari lahir sepanjang November dengan berbelanja minimum RM3 di pasar raya itu berpeluang untuk me-nyertai lukisan misteri untuk memenangi hadiah misteri yang ditawarkan.

Bagi menebus hadiah misteri hari jadi, pelanggan perlu membawa kad pengenalan diri dan hanya boleh dibuat pada Isnin hingga Jumaat sahaja dan selain itu, pelanggan perlu maklum bahawa pihak pasar raya berhak membatalkan aktiviti yang disediakan tanpa notis.

“Setiap hari dari 15 November hingga 15 Disember kecuali Sabtu dan Ahad, kita akan mengadakan Roda Bertuah setiap hari. Dengan pembelian RM100 dan ke atas, pelanggan layak untuk membuat satu putaran roda untuk memenangi hadiah misteri yang ditawarkan,” tambah jurucakap pasar raya itu.

Selain itu, Peraduan Teka dan Menang juga diadakan kepada pelanggan yang membuat pembelian RM100 dan ke atas yang mana pelanggan perlu meneka nilai hamper gergasi yang dipamerkan di pasar raya itu.

 Pelbagai barangan terdapat di pasar raya 100% Super Store Genesis Parade.
PROMOSI ISTIMEWA: Pelbagai barangan terdapat di pasar raya 100% Super Store Genesis Parade.

Pelanggan yang dapat meneka nilai paling dekat hamper gergasi itu berpeluang membawa pulang hamper tersebut.

Pada masa sama pertandi-ngan mewarna juga diadakan pada 24 November untuk kanak-kanak yang mana penyertaan boleh dilakukan pada hari tersebut.

Pertandingan mewarna itu terbuka kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dan perlu membawa kad pengenalan ketika pendaftaran.

Pasar raya 100% Super Store Genesis Parade dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 malam.

Advertisement