Anda di sini

John Legend ‘lelaki hidup paling seksi’ pilihan majalah People

Advertisement
 John Legend dan isterinya Chrissy Teigen semasa menghadiri satu majlisdi Culver City, California baru-baru ini.   — Gambar AFP
LELAKI HIDUP PALING SEKSI: John Legend dan isterinya Chrissy Teigen semasa menghadiri satu majlisdi Culver City, California baru-baru ini. — Gambar AFP

PELAKON dan penyanyi yang berbakat John Legend dinamakan sebagai ‘lelaki hidup paling seksi’ majalah People pada Selasa lepas, tetapi berkata dia tertanya-tanya sama ada dia dapat memenuhi gelaran itu.

Legend, 40, berkahwin dengan model Chrissy Teigen yang mempunyai dua anak bersamanya dan merupakan lelaki kulit hitam pertama untuk mencapai status Emmy, Grammy, Oscar dan Tony (EGOT) yang diidam-idamkan bagi kerjanya di atas pentas dan skrin.

“Saya teruja, tetapi pada waktu yang sama saya juga sedikit takut kerana ia adakan tekanan yang tinggi,” kata penghibur itu kepada majalah People.

“Semua orang akan meneliti saya untuk melihat sama ada saya cukup seksi untuk memegang gelaran itu. Saya juga menyusuli Idris Elba, sesuatu yang tidak adil dan tidak bagus untuk saya!”

Pelakon British Idris Elba diberi gelaran itu pada tahun lepas.

Penyanyi dan pelakon lain yang telah diberi gelaran itu oleh pengarang majalah sejak beberapa tahun lalu termasuk Blake Shelton, Chris Hemsworth, Adam Levine, George Clooney dan Channing Tatum.

Legend, sekarang seorang pembimbing dalam siri bakat televisyen di Amerika Syarikat ‘The Voice’, memenangi anugerah pertama di antara 10 anugerah Grammy untuk album sulungnya pada 2004 ‘Get Lifted’ dan lagu baladanya yang popular ‘Ordinary People’.

Dia membawa pulang sebuah anugerah Oscar untuk lagu ‘Glory’ dalam filem ‘Selma’, sebuah anugerah Tony kerana sama-sama menerbit pementasan Broadway ‘Jitney’, dan sebuah anugerah Emmy kerana menerbit adaptasi televisyen pada 2018 bagi ‘Jesus Christ Superstar’ di mana dia membawa watak Jesus.

Legend muncul di muka depan isu majalah People yang dijual di kedai akhbar pada Jumaat. — Reuters

Advertisement