Anda di sini

Dua pelajar maut ditembak di sekolah di California Selatan

Advertisement
Polis berkawal di Sekolah Tinggi Saugus, Santa Clarita di California Selatan.
Polis berkawal di Sekolah Tinggi Saugus, Santa Clarita di California Selatan.

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya dua pelajar terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Saugus, Santa Clarita di California Selatan pada Khamis pagi, lapor agensi berita Xinhua.

Suspek yang cedera parah kini ditahan di hospital.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital berhampiran, remaja perempuan berusia 16 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia kemudian. 

Tiga lagi mangsa, seorang lelaki berusia 14 tahun dan dua perempuan masing-masing berusia 14 dan 15 tahun.

Enam pelajar, termasuk suspek ditemui cedera akibat ditembak, kata pegawai Polis Los Angeles County Syerif Alex Villanueva pada sidang akhbar. 

Beliau berkata suspek lelaki berusia 16 tahun itu melepaskan tembakan ke arah lima pelajar sebelum kelas bermula dan kemudian cuba membunuh diri dengan menembak kepalanya.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti suspek, polis juga telah berhubung dengan teman wanita dan ibu suspek. - BERNAMA   

Advertisement