Anda di sini

‘Serangan bom nekad’ sasar balai polis Indonesia

Advertisement
 Anggota polis memeriksa mayat pengebom nekad yang disyaki selepas letupan di pekarangan balai polis di Medan, Pulau Sumatra, Indonesia semalam. — Gambar Albert Damanik/AFP
BERKECAI: Anggota polis memeriksa mayat pengebom nekad yang disyaki selepas letupan di pekarangan balai polis di Medan, Pulau Sumatra, Indonesia semalam. — Gambar Albert Damanik/AFP

MEDAN: Satu kejadian yang disyaki serangan bom nekad di luar sebuah balai polis di Indonesia telah mengorbankan sekurang-kurangnya seorang penye-rang manakala enam orang lagi cedera, kata pihak berkuasa semalam.

Letupan berlaku sekitar jam 8.45 pagi waktu tempatan di pekarangan balai terbabit di Medan, Pulau Sumatra, pada waktu panggilan nama pada sebelah pagi.

“Kami mengesyaki bahawa ini adalah serangan bom nekad dengan seorang penye-rang yang terbunuh,” kata jurucakap polis negara Dedi Prasetyo kepada pemberita di Jakarta.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya enam orang ce-dera, termasuk empat anggota polis dan dua orang awam, tetapi kecederaan mereka tidak teruk.

Seorang pemberita AFP di tempat kejadian melihat satu mayat yang terbaring di atas tanah di luar balai polis.

Motif bagi serangan itu tidak segera diketahui. Namun balai polis kerap menjadi sasaran puak radikal di negara majoriti Muslim terbesar di dunia, yang sudah sekian lama bergelut dengan militan Islam.

Pada Ogos lalu, pihak berkuasa menembak dan menangkap seorang anggota militan yang menyerang anggota polis di sebuah balai di bandar raya kedua terbesar Indonesia, Surabaya, manakala pada Jun lalu, seorang lagi cedera serius ketika dia cuba meletupkan diri di luar sebuah bangunan polis di Pulau Jawa.

Pada bulan lepas pe-mimpin negara Joko Widodo mengarahkan langkah kese-lamatan dipertingkatkan selepas dua anggota militan dari sebuah kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan kumpulan Daesh (IS) menikam menteri kese-lamatan utamanya. Wiranto terselamat daripada sera-ngan itu.

Kedua-dua penyerang kemudian dikenali sebagai anggota Jamaah Ansharut Daulah (JAD), sebuah jaringan pe-lampau yang setia kepada IS dan bertanggungjawab ke atas beberapa serangan pada masa lalu, termasuk serangan bom nekad yang berdarah di gereja di Surabaya pada tahun lepas. — AFP

Advertisement