Anda di sini

Pembantu pendaftar JPN didenda RM5,000 terima suapan

Advertisement
Tertuduh diiringi pegawai SPRM di lobi Kompleks Mahkamah Miri, hari ini.
Tertuduh diiringi pegawai SPRM di lobi Kompleks Mahkamah Miri, hari ini.

MIRI: Seorang pembantu pendaftar didenda RM5,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Khas (Rasuah) Miri kerana kesalahan menerima wang tanpa balasan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

Sabtuyah Osman Ali, 32, dari Kampung Pujut Tanjung Batu di sini didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh sebagai seorang penjawat awam yang bertugas sebagai pembantu pendaftaran di JPN cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri didapati ada menerima suatu barang berharga iaitu wang RM1,000 daripada seorang wanita tanpa balasan dan berkaitan dengan tugasnya dalam memproses permohonan wanita terbabit untuk mendapatkan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS).

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara Mac hingga April 2018 di perhentian bas bersebelahan bangunan UTC Miri di sini.  

Pendakwaan dilakukan Penguasa Kanan SPRM Sarawak, Ikhwan Mohd Ibrahim di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement