Anda di sini

Lelaki maut nahas kereta dan lori di simpang empat Mateding

Advertisement
Keadaan di lokasi kemalangan yang meragut nyawa pada Rabu.

MUKAH: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di simpang empat Mateding di Kilometer  27, Jalan Mukah-Balingian pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 7.40 pagi tadi ketika lori yang datang dari arah Mukah menuju ke Selangau membelok ke arah kanan tanpa menghentikan kenderaan.

Pada masa sama, kereta dipandu oleh mangsa dikenali sebagai Azeni Sahari, 47 tahun dari arah Balingian telah bertembung dengan lori itu.

"Akibat kejadian tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak paramedik Hospital Mukah," jelasnya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mukah untuk proses bedah siasat.

Pemandu lori juga telah ditahan untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement