Anda di sini

Lelaki ditemui mati dalam bilik mandi rumah sewa di Sarikei

Advertisement
   Bilik mandi tempat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba.
 Bilik mandi tempat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba.


SARIKEI: Seorang lelaki berusia 62 tahun ditemui mati di dalam bilik mandi sebuah rumah sewa di Jalan Hua Tai, dekat sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Wong Yuk King tinggal seorang diri di salah sebuah bilik sewa rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai masalah berkaitan dengan serangan jantung," katanya. 

Kes itu diklasifikasikan mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7 pagi.

"Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, mereka mendapati bilik mandi tempat mangsa dilaporkan berada telah kerkunci dari dalam.

"Anggota bomba berusaha memanggil mangsa beberapa kali namun tiada sebarang tindak balas dari mangsa.

"Berdasarkan situasi tersebut, anggota bomba telah bertindak membuka pintu bilik mandi tersebut dengan peralatan khas dan ketika pintu dibuka, pihak bomba mendapati mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.

Katanya, anggota bomba juga berusaha memberi bantuan kecemasan (CPR) namun lelaki tersebut masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia disahkan meninggal dunia apabila pasukan perubatan tiba di lokasi.

Mayat lelaki tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 
 

  • oleh
  • Advertisement