Anda di sini

Beruang madu diselamatkan dari sebuah rumah panjang di Betong

Advertisement

KUCHING: Seekor beruang madu diselamatkan oleh dari sebuah rumah panjang di Betong pada Rabu.

Operasi Khazanah itu dijalankan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 dan Sarawak Forestry Corporation Kuching sekitar 5.30 petang.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata beruang madu dipelihara oleh salah seorang penghuni rumah panjang tersebut. 

Bagaimanapun menurut Shamsol, tiada tangkapan dibuat kerana tiada yang mengaku sebagai pemilik haiwan tersebut ketika operasi. 

“Beruang madu tersebut dirampas di bawah Seksyen 48 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 kerana tidak memiliki lesen atau permit untuk menyimpan haiwan berkenaan,” katanya. 

Beruang madu diselamatkan dari rumah panjang di Betong pada Rabu.
Beruang madu yang diselamatkan dari sebuah rumah panjang di Betong pada Rabu.

Beruang madu tersebut diserahkan kepada pihak SFC untuk tindakan dan siasatan lanjut. 

Perbuatan membunuh, menyimpan, menjual atau membeli haiwan ini adalah satu kesalahan. 

Jika didapati bersalah, pelaku boleh dipenjara setahun dan denda RM10,000. 

SFC baru-baru ini turut menyelamatkan dua ekor beruang madu masing-masing di kawasan perumahan di Demak Laut pada 25 September dan di sebuah rumah kebun berdekatan Kampung Rasau, Serian pada 27 September. 

Kedua-dua beruang madu tersebut yang dirampas, dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang bagi ujian perubatan dan pemulihan. 

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti haram yang sama diminta menghubungi talian SFC di 016-8883561/019-885996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8223449/019-8332737 (Bintulu) dan 019-8290994/018-9799778 (Miri). 

Advertisement