Anda di sini

STA dan JPN Sabah kerjasama majukan tenis

Advertisement
 Johnson (tengah) mengadakan perbincangan dengan Jumar (kiri) dan Suppary di Kota Kinabalu berhubung pembangunan sukan tenis Sabah.
BINCANG: Johnson (tengah) mengadakan perbincangan dengan Jumar (kiri) dan Suppary di Kota Kinabalu berhubung pembangunan sukan tenis Sabah.

KOTA KINABALU: Persatuan Tenis Sabah (STA) akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam memajukan sukan tenis di negeri ini.

Presiden STA, Johnson Koh berkata, kerjasama itu bagi memastikan pembangunan sukan tenis negeri ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan terutama di peringkaat akar umbi.

Johnson berkata, perkara itu antara yang dibincangkan semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Jumar Kamsari dan Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Suppary Jumin di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua pihak bersetuju agar satu pertemuan antara pegawai-pegawai teknikal tenis dan Pegawai Pendidikan Daerah diadakan bagi mendapatkan input dan maklumbalas bagi memastikan kerjasama yang dijalin akan lebih berjaya, efektif dan efisyen terutama dalam mencungkil bakat berpotensi di kalangan murid.

"Kerjasama seperti ini tentunya akan membantu pembangunan sukan tenis dengan lebih berkesan dengan penggunaan kos lebih efisyen termasuk dalam penganjuran kejohanan.

"Paling penting, kerjasama ini akan membolehkan pembangunan sukan tenis dapat dilaksanakan secara menyeluruh menerusi kerjasama antara STA dan Pejabat Pendidikan Daerah negeri ini," kata Johnson dalam kenyataannya semalam.

Johnson berkata, pertemuan itu adalah sebagai susulan kelulusan oleh Pengarah JPN Sabah berhubung kerjasama dan penganjuran kejohanan tenis di peringkat daerah dan negeri.

  • oleh
  • Advertisement