Anda di sini

Sabah tuan rumah Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 15-20 Dis

Advertisement
PHILIP
PHILIP

KOTA KINABALU: Sabah akan menjadi tuan rumah sirkit akhir Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2019.

Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah, Philip Gisan berkata, Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sabah itu akan berlangsung di pusat membeli belah Suria di sini pada 15-20 Disember depan.

"Kejohanan ini pada awalnya dijadualkan pada 17-20 November tetapi terpaksa ditunda ke tarikh baharu disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada 15 Disember manakala pertandingan akan berlangsung selama empat hari pada 16-19 Disember," kata Philip dalam kenyataannya semalam.

Philip berkata, kejohanan itu dijangka disertai semua anggota gabungan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

"Semua anggota gabungan PABM dijangka akan mengambil bahagian kerana ini adalah sirkit akhir kejohanan kebangsaan tahun ini. Oleh itu persaingan sengit dijangka bakal disajikan.

"Sebagai tuan rumah, Sabah bukan sahaja mahu kejohanan ini menjadi anjuran terbaik tetapi kita juga akan memanfaatkannya untuk menyenaraikan semaksimum mungkin peserta untuk dapatkan keputusan terbaik," kata Philip.

Philip juga mengalu-alukan orang ramai datang menyaksikan kejohanan itu.

  • oleh
  • Advertisement