Anda di sini

Rainforest World Puppet Carnival 2019 sasar mencatat rekod

Advertisement
 Goh (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Hii (tiga kiri) sebagai tanda kenangan selepas perasmian Rainforest World Puppet Carnival 2019 itu di Kuching petang kelmarin.
BUAH TANGAN: Goh (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Hii (tiga kiri) sebagai tanda kenangan selepas perasmian Rainforest World Puppet Carnival 2019 itu di Kuching petang kelmarin.

KUCHING: Rainforest World Puppet Carnival 2019 telah meletakkan sasaran untuk memecahkan Malaysia Book of Records paling banyak tukang dalang dalam satu persembahan yang akan diadakan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Hii Chang Kee mendedahkan perkara tersebut ketika merasmikan majlis tersebut mewakili Menteri Pelancongan, Ke-senian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Bangunan Mahkamah Lama di sini Isnin lalu.

“Boneka atau anak patung sememangnya bukan sekadar seni lama tetapi perlu dilihat dengan lebih lagi kerana ia merupakan kombinasi per-sembahan yang digabungkan dengan kemahiran teknikal dan seni itu sendiri.

“Di Malaysia kita juga mempunyai wayang kulit, ia sebenarnya seni yang hampir sama.

“Justeru, kita berharap lebih ramai rakyat tempatan yang muda berupaya menjadikan seni menjadi tukang dalang memainkan boneka bagi permintaan tempatan dan bukan orang luar,” katanya.

Menurutnya, tukang dalang berupaya memberi ilustrasi sesuatu penceritaan yang membawa mesej positif kepada masyarakat disampaikan dalam mana-mana persembahan.

Rainforest World Puppet Carnival 2019 juga katanya, telah berjaya mengumpulkan seramai 57 orang tukang dalang anak patung dari 17 negara di lima benua di dunia.

Tambahnya, Kuching pada tahun lepas telah dinobatkan World Craft City oleh World Craft Council dan baru sahaja selesai mengadakan Forum Dunia Majlis Kraf baru-baru ini.

Hii menjelaskan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa menyokong pelbagai acara yang diadakan di sini selain mengharapkan lebih banyak penganjuran seni dan kebudayaan serta sukan untuk menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar tarikan.

Pertunjukan teater boneka itu telah dimulakan sejak kelmarin dan bakal berakhir pada 16 November dengan 14 pertunjukan teater yang akan ditayangkan di auditorium Bangunan Mahkamah Lama di sini.

Turut hadir pengerusi penganjur Rainforest World Puppet Carnival 2019 Gerald Goh.

Advertisement