Anda di sini

Protes di HK semakin ganas

Advertisement
 Penunjuk perasaan antikerajaan melontar bom botol ke arah kenderaan yang diterbalikkan semasa protes di daerah Tseung Kwan O, Hong Kong, China kelmarin. — Gambar Tyrone Siu/Reuters
BAKAR: Penunjuk perasaan antikerajaan melontar bom botol ke arah kenderaan yang diterbalikkan semasa protes di daerah Tseung Kwan O, Hong Kong, China kelmarin. — Gambar Tyrone Siu/Reuters

HONG KONG: Penunjuk perasaan terus mencetus-kan kekacauan dengan mengganggu lalu lintas dan perkhidmatan kereta api di beberapa daerah di Hong Kong, lapor agensi berita Xinhua.

Operasi kereta api di lalu-an timur dan barat terjejas menyebabkan beberapa perkhidmatan tergendala atau terpaksa digantung, menurut laman web Mass Transit Railway Corporation.

Susulan beberapa insiden penunjuk perasaan mem-baling objek ke arah landasan kereta api di laluan timur, ratusan penumpang terpaksa dipindahkan de-ngan berjalan kaki di sepan-jang landasan, lapor media tempatan.

Sejak 7 pagi waktu tempatan, sebahagian perusuh berkumpul di jejambat pejalan kaki, menuju ke kediaman pelajar City Universiti Hong Kong City di Kowloon Tong, sambil melempar  batu bata dan objek keras lain.

Kelmarin, perusuh bertindak ganas dengan membuat kacau-bilau di seluruh Hong Kong dengan melumpuhkan lalu lintas, mencetuskan kebakaran di beberapa kawasan dan menyerang penduduk yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

Lantaran itu pada kelmarin petang, Ketua Ekse-kutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Carrie Lam berkata kerajaan tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan. — Bernama

Advertisement