Anda di sini

Dua gadis cedera tersepit dalam kemalangan

Advertisement
 Salah seorang mangsa yang masih tersepit dalam kereta selepas terbabit dalam kemalangan tersebut.
CEDERA: Salah seorang mangsa yang masih tersepit dalam kereta selepas terbabit dalam kemalangan tersebut.

MIRI: Dua gadis berselisih maut apabila hanya mengalami kecederaan selepas tersepit dalam kenderaan yang dinaiki mereka gara-gara terbabit kemalangan di Jalan Lapangan Terbang di sini, awal pagi semalam.

Pasukan bomba dan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan pada jam 3.36 pagi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Lapangan Terbang Miri menuruni bukit menuju ke pusat bandar.

Anggota bomba dan penyelamat turut menemui kedua-dua mangsa yang berusia 18 dan 19 tahun masih tersepit dalam kereta berkenaan.

Pihak bomba kemudian berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan penyelamat khas dan seterusnya dibawa ambulans dan unit EMRS ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan susulan.

Advertisement