Anda di sini

Tujuh orang awam korban jet pejuang Rusia

Advertisement
 Penduduk dan pekerja penyelamat mengusung mayat seorang lelaki yang terbunuh dalam serangan udara Rusia di Kfar Ruma, wilayah barat laut Idlib kelmarin. — Gambar AFP
MALANG: Penduduk dan pekerja penyelamat mengusung mayat seorang lelaki yang terbunuh dalam serangan udara Rusia di Kfar Ruma, wilayah barat laut Idlib kelmarin. — Gambar AFP

BEIRUT: Serangan udara oleh sekutu rejim Syria Rusia kelmarin telah mengorbankan tujuh orang awam, termasuk tiga kanak-kanak, di sebuah kubu antikerajaan di barat laut Syria, lapor sebuah badan pemerhati perang.

Lapan orang lagi telah tercedera dalam serbuan dan sebahagian dari mereka berada dalam keadaan “kritikal”, menurut Rami Abdel Rahman, ketua bagi badan pemerhati perang Syrian Observatory for Human Rights yang berpusat di Britain.

Serangan udara itu dalam gelombang ketiga serangan yang dilancarkan jet pejuang Rusia dalam masa lapan hari di barat laut Syria, menyerang kampung Kafr Ruma di enklaf Idlib yang ditadbir oleh pejuang, menurut Observatory.

Wilayah Idlib, yang merupakan kediaman bagi kira-kira tiga juga orang termasuk ramai yang kehilangan tempat tinggal akibat perang saudara Syria selama lapan tahun, telah dikawal oleh bekas kumpulan gabungan Al-Qaeda di negara ini.

Pasukan tentera Presiden Syria Bashar al-Assad melancarkan satu kempen ketenteraan sangat hebat terhadap Idlib pada April, membunuh kira-kira 1,000 orang awam dan menyebabkan lebih dari 400,000 orang meninggalkan kediaman mereka.

Satu gencatan senjata diumumkan oleh Rusia telah kebanyakannya dilakukan sejak Ogos, walaupun pihak Observatory menyatakan beberapa orang warga awam telah terkorban dalam pengeboman yang kadangkala berlaku sejak itu.

Pada bulan lepas Assad menyatakan Idlib akan menyaksikan penamat kepada perang saudara yang telah dilalui negaranya sepanjang dekad lepas.

Peperangan di Syria telah mengorbankan 370,000 orang dan menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal mereka sejak awal tahun 2011 dengan penindasan kejam terhadap protes anti-Assad. — AFP

Advertisement