Anda di sini

Bulbul badai pantai India, Bangladesh

Advertisement
 Seorang wanita membersihkan rumahnya yang terjejas dalam kemaraan Siklon Bulbul di Bakkhali, kelmarin. — Gambar AFP
TRAUMA: Seorang wanita membersihkan rumahnya yang terjejas dalam kemaraan Siklon Bulbul di Bakkhali, kelmarin. — Gambar AFP

KHULNA: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh dan lebih dua juta lagi bermalam di tempat perlindungan ribut yang sesak ketika Siklon Bulbul melanda pantai-pantai India dan Bangladesh dengan angin yang sangat kuat dan hujan lebat, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Siklon itu membawa angin sekuat 120 kilometer sejam ketika ia menyerang pada lewat Sabtu lepas, memaksa penutupan pelabuhan dan lapangan terbang di kedua-dua buah negara.

Sepuluh orang telah terkorban di negeri Bengal Barat di India, lapor Press Trust of India, termasuk dua orang selepas pokok-pokok tumbang menimpa kediaman mereka dan seorang lagi ditimpa dahan pokok yang jatuh di Kolkata.

Dua lagi meninggal dunia di wilayah Odisha berhampiran, lapor PTI.

Di Bangladesh, lapan orang telah terkorban, lima akibat pokok yang tumbang dan sekurang-kurangnya 20 orang lagi tercedera.

Lima orang lagi hilang selepas sebuah kapal pukat tunda nelayan karam dalam keadaan berangin kencang di sungai Meghna berhampiran pulau selatan Bhola, pentadbir daerah Masud Alam Siddiqui memberitahu AFP.

Siklon turut memusnahkan kira-kira 4,000 rumah yang kebanyakannya dibina menggunakan lumpur dan zink, setiausaha pengurusan bencana Shah Kamal memberitahu AFP.

Di pantai Khulna, daerah yang teruk terjejas di Bangladesh, pokok-pokok bergoyang dan tercabut dari tanah dalam keadaan ribut kuat, menghalang jalan raya dan mengganggu akses ke kawasan terbabit.

Beberapa bahagian tanah rendah di daerah itu telah dibanjiri air, menteri pengurusan bencana Enamur Rahman memberitahu  AFP.

Pihak berkuasa menyatakan siklon bagaimanapun semakin lemah ketika ia bergerak ke kawasan darat.

“Ia telah bertukar menjadi udara yang bertekanan sangat rendah, menyebabkan hujan lebat,” timbalan ketua biro cuaca Bangladesh Ayesha Khatun memberitahu AFP.

Bulbul membadai pantai di Sundarbans, hutan paya bakau terbesar di dunia yang terletak di Bangladesh dan India, dan merupakan kediaman bagi spesis-spesis yang diancam bahaya termasuk harimau Bengal dan dolfin Irrawaddy.

Paya bakau yang melindungi pantai dari kesan ribut sepenuhnya, jelas Khatun.

Kira-kira 2.1 juta orang di sekitar Bangladesh telah ditempatkan semula ke rumah perlindungan siklon.

Pasukan tentera telah dihantar ke beberapa daerah pantai sementara puluhan ribu anggota sukarela pergi dari rumah ke rumah dan menggunakan alat pembesar suara bagi menggesa orang ramai meninggalkan kampung mereka.

“Kami telah bermalam bersama 400 orang lagi,” kata Ambia Begum, yang tiba di sebuah rumah perlindungan di pekan pelabuhan Mongla pada lewat Sabtu lepas bersama dengan keluarganya.

“Saya berasa bimbang dengan ternakan dan atap rumah saya. Saya tidak dapat membawanya ke sini.

“Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku di sana,” ibu tiga anak berusia 30 tahun itu memberitahu AFP.

Kira-kira 1,500 orang pelancong telah terkandas di pulau St. Martin di luar tenggara Bangladesh selepas perkhidmatan bot dibatalkan.

Di India, hampir 120,000 orang telah dipindahkan mula pulang ke rumah ketika siklon menjadi lemah, kata pihak berkuasa.

“Ribut telah menyebabkan satu kesan kemusnahan ketika ia merentasi garisan pantai Bengal Barat,” kata Menteri Pembangunan Bandar Firhad Hakim.

Di Odisha, tanaman di wilayah pantai telah musnah teruk akibat siklon, pihak berkuasa memberitahu AFP.

Pantai di kawasan rendah di Bangladesh, kediaman bagi 30 juta orang, dan bahagian timur India adalah sering dilanda oleh siklon.

Ratusan ribu orang menetap di sekitar Selat Bengal  yang terkorban dalam serangan siklon sejak beberapa dekad lepas.

Dengan kekerapan dan intensiti ribut yang meningkat, sebahagian besar berpunca dari perubahan iklim, angka kematian telah menurun kerana proses pemindahan yang cepat dan pembinaan ribuan bangunan pantai.

Siklon Fani merupakan ribut paling kuat melanda kawasan dalam masa beberapa tahun ketika ia berlaku pada Mei, membunuh 12 orang. — AFP

Advertisement