Anda di sini

X70 mengubah landskap SUV Malaysia

Advertisement
 
 
 

KUCHING: SUV Premium Proton X70 memberi prestasi yang bertenaga, penampilan menarik, teknologi terkini serta banyak ciri keselamatan yang terbukti menjadikan ia antara kenderaan yang terlaris di Malaysia.

Sejak dilancarkan pada Disember 2018, Proton X70 kini kenderaan SUV itu telah dinamakan ‘Car Local of the Year’, serta SUV atau Crossover bersaiz besar (tempat duduk dua baris) oleh CarSifu semasa Anugerah Pilihan Editornya 2019, baru-baru ini.

Pihak PROTON Holdings Berhad (Proton) komited bukan sahaja untuk menaik taraf pusat perkhidmatan sedia ada.

Tetapi juga memastikan ia dikendalikan oleh kakitangan yang ramah dan berpengetahuan luas semasa dan selepas jualan mengikuti prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

“Ini dilakukan dengan melaksanakan Audit Produk Pelanggan Geely Global (GCPA),” kata kenyataannya semalam.

Dengan GCPA, Proton dan Geely berupaya mengenal pasti dan membetulkan sebarang masalah yang mungkin berkaitan dengan reka bentuk, aspek bahagian dan aspek pembuatan yang berkaitan dengan kenderaan sebelum ia sampai ke bilik pameran.

Kedua-dua Geely dan Volvo telah melaksanakan GCPA sebagai sebahagian daripada proses pembuatannya.

Hasil GCPA jelas pada X70  apabila sembilan unit kenderaan itu telah menyertai perjalanan menerusi jalan darat ke China dan kembali semasa Lawatan Amazing Malaysia-China, baru-baru ini.

Perjalanan itu melebihi 13,000km dan mengambil masa 33 hari untuk sampai dan pemilik X70 memandu kenderaan SUV mereka di semua jenis muka bumi.

Kenderaan segmen C itu telah berjaya dijual sebanyak 24,000 unit setakat ini dan berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai premium jualan terbaik dan SUV eksekutif.

Proton X70 dibangunkan dengan tumpuan kepada kecerdasan dan penyambungan, GKUI menawarkan pemilik X70 merasakan keadaan semasa pemanduan dengan lebih berhemat.

GKUI disambungkan ke rangkaian selular 4G untuk memuat turun dan memaparkan data masa, keadaan cuaca dan data navigasi.

Proton X70 dikuasakan oleh enjin turbocharged 1.8L TGDi yang dikendalikan dengan transmisi automatik enam kelajuan untuk memberikan pecutan lancar.

Melengkapi enjin ini adalah sistem penggantungan yang ditala oleh MIRA UK untuk menyediakan pengalaman memandu yang selamat, selesa dan dipertingkatkan dengan minimum NVH.

Semasa memandu X70, anda boleh yakin bahawa anda berada dalam salah satu kenderaan paling selamat hari ini.

Ia mempunyai penarafan ASEAN NCAP lima bintang, dan meningkatkan lagi tahap keselamatan adalah Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS).

Teknologi ADAS pada X70 secara automatik boleh membrek jika ia mengesan perlanggaran dari bahagian hadapan dan secara automatik mengurangkan kelajuan untuk mengekalkan jarak yang selamat dengan kereta yang berada di hadapan.

Dengan Adaptive Cruise Control (ACC) diaktifkan, ia juga berupaya memantau persekitaran kereta melalui sistem kamera 360 darjah.

Tambahan pula, keselamatan keseluruhan X70 adalah Sistem Pemantauan Tekanan Tayar bersepadu, yang sentiasa dipantau tekanan tayar oleh pemandu menerusi maklumat kombinasi meter LCD.

Semua ciri-ciri ini hebat ini didatangkan dengan reka bentuk hadapan yang menarik dengan kombinasi LCD meter, tempat duduk kulit yang mewah, sistem pembersih udara dan ‘sunroof panarom’.

Ringkasnya, X70 telah mengubah landskap SUV Malaysia. Bukan sahaja SUV ini menaikkan imej jenama PROTON, tetapi ia juga membantu memperbaharui persepsi orang ramai terhadap PROTON.

Kerjasama dengan Geely juga banyak membantu dalam memperbaiki teknologi automotif terkini kini untuk pembeli kereta Malaysia.

Advertisement