Anda di sini

Talib dan Wong bertikam lidah apabila manifesto PH dibangkitkan dalam DUN

Advertisement
Talib (kiri) dan Wong dalam persidangan DUN hari ini.

KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip bertikam lidah dengan David Wong (PH-Pelawan) berhubung janji-janji yang terkandung dalam Buku Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dimungkiri pakatan itu. 

Antaranya, kenyataan Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa manifesto Pakatan Harapan bukan "kitab suci" yang wajib dipatuhi di Dewan Parlimen pada 16 Julai 2018.

Wong bangkit apabila Talib mengatakan PH sendiri yang menyamakan manifesto bukan 'kitab suci'. 

"Jangan bangkitkan isu agama dengan mengatakan kitab suci, PH tidak mempermainkan isu agama," tegasnya. 

Talib kemudiannya terus mengatakan bahawa perkara itu disebut oleh Perdana Menteri sendiri. 

Selain itu, Wong turut bangkit apabila isu harga minyak petrol yang dijanjikn akan diturunkan apabila PH menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Di mana dalam kandungan manifesto PH mengatakan harga minyak turun kepada RM1.50?," soal Wong kepada Talib. 

Talib seterusnya menjawab, pemimpin PH sendiri dalam ucapannya kerap mengatakan, 'apabila PH menang esok harga turun'. 

Dalam pada itu, Talib menggesa agar semua wakil rakyat PH Sarawak supaya lebih berani bersuara dalam Parlimen. 

"Mengapa anda tidak bising seperti anda bising di sini, berjuanglah untuk Sarawak di sana, saya mahu melihat anda melakukannya," tegasnya. 

Selain itu, beliau turut menempelak Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen yang menyamakan Belanjawan Negeri 2020 sebagai Bajet 'hot air' dengan mengatakan ia adalah satu perbuatan yang 'kurang asam'. 

  • oleh
  • Advertisement