Anda di sini

Pakar Rusia ditemui bersama lengan wanita

Advertisement

SAINT PETERSBURG: Kelmarin polis di Saint Petersburg menangkap seorang sejarahwan terkenal Rusia yang disyaki membunuh seorang bekas pelajar selepas dia dibawa keluar dari sebatang sungai dengan beg sandang mengandungi sepasang tangan yang telah dikerat milik seorang wanita, menurut pihak berkuasa.

Media tempatan di Saint Petersburg melaporkan bahawa profesor universiti Oleg Sokolov mabuk dan terjatuh ke dalam sungai ketika dia cuba untuk menghapuskan anggota badan tersebut.

Pihak polis dilaporkan kemudian pergi ke rumah Sokolov di mana mereka menemui mayat Anastasia Yeshchenko, 24, yang dipenggal kepala, yang menyertainya melakukan beberapa tugasan.

“Seorang lelaki berusia 63 tahun telah diselamatkan dari Sungai Moika," menurut penyiasat dalam kenyataan.

Tangan seorang wanita telah ditemui di dalam beg sandang suspek, menurut kenyataan, sambil menambah bahawa lelaki yang ditahan telah disyaki membunuh.

Pihak penyiasat tidak menyatakan nama lelaki itu namun pihak polis yang bercakap kepada AFP mengenal pasti identitinya sebagai Sokolov.

Sejarahwan itu merupakan penulis buku mengenai negarawan dan pemimpin tentera Perancis Napoleon Bonaparte dan bertindak sebagai perunding sejarah bagi beberapa filem.

Dia telah menerima anugerah Legion d'Honneur di Perancis pada 2003.

Sokolov juga merupakan anggota Institut Sains Sosial, Ekonomi dan Politik (ISSEP)di Perancis, namun pada Sabtu lepas masyarakat institut mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa dia telah dilucutkan dari jawatannya di dalam jawatankuasa saintifiknya.

“Kami berasa sangat terkejut apabila mengetahui jenayah kejam di mana Oleg Sokolov didapati bersalah,” jelasnya.

Sebagai ahli akademik dengan kedudukan sebegitu, kenyataan itu menambah, “kami tidak pernah membayangkan bahawa dia mampu melakukan satu tindakan yang sangat kejam”.

ISSEP telah ditubuhkan oleh Marion Marechal, anak saudara perempuan kepada Marine Le Pen. — AFP

Advertisement