Anda di sini

Banyak projek untuk tingkatkan infrastrukur pelancongan di bawah RMK11 dilaksanakan - Abdul Karim

Advertisement
ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan telah melaksanakan banyak projek untuk meningkatkan infrastruktur dan produk pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 

Menterinya, Datuk Abdul Karim berkata, bagi projek rakyat, kementerian itu kini mempunyai 11 projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Antaranya termasuk Pusat Persembahan Seni di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, Santubong Archaelogical Park and Wallace Centre, Beautification of Pangkalan Sapi Tourism Facilities, English Tea House di Fort Margherita, Naik taraf kemudahan Taman Negara, Muzium Petroleum Miri, Sadong Jaya Mangrove Tourism, Linkway and Railing dari Fort Margherita ke Jambatan Darul Hana, Muzium Pembangunan dan Pentadbiran Limbang, Kemudahan Pelancongan Pantai Peliau-Tusan, cadangan Jambatan Sg. Niah di Taman Negara Niah dan jalan khas untuk ‘buggy’ ke gua.

 “Daripada 11 projek terbabit, satu projek dijangka siap menjelang akhir tahun ini dan tujuh projek akan siap menjelang 2020, manakala selebihnya selepas tahun 2020,” katanya ketik membentangkan ucapan penggulungan bagi kementerian beliau di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, projek lain yang dilaksanakan di bawah RMK-11 termasuk naik taraf kawasan Tebingan Kuching, naik taraf kerja ke Jeti berhampiran Jambatan Santubong bagi menampung pengunjung Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (RAMSAR) di Kuching Wetland dan pembinaan jalan di hadapan bangunan DUN baru untuk menyambung jambatan pejalan kaki dengan Fort Margherita.

“Semua projek-projek ini sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap menjelang tahun 2020,” jelasnya.

Di bawah Rolling Plan RMK-11 Kerajaan Persekutuan, kata beliau, kementeriannya menerima sejumlah RM10.48 juta daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.

“Rolling Plan pertama yang dibiayai oleh Persekutuan merangkumi naik taraf Kemudahan Pelancongan di Taman Negara Niah dan naik taraf Kemudahan Pelancongan di sepanjang Laluan Warisan di Kampung Sungai Bintangor dan Kuching Esplanade.

“Kedua-dua projek ini masing-maisng telah siap pada 2018 dan 2019,” jelasnya

Tambah beliau, projek-projek yang sedang dijalankan di bawah Rolling Plan Keempat adalah Pembangunan Kemudahan Eko-pelancongan di Taman Negara Kuching Wetland dan Taman Negara Santubong.

“Kedua-dua projek ini dijangka siap menjelang tahun 2020,” ujarnya lagi.

  • oleh
  • Advertisement