Anda di sini

90 lesen pengagihan gas dikeluarkan setakat ini - Dr Rundi

Advertisement
DR RUNDI
DR RUNDI

KUCHING: Bahagian Pengagihan Gas Sarawak kini melaksanakan Pengawalaturan Keselamatan, Teknikal dan Ekonomik seperti yang digariskan dalam Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016).

Menteri Utiliti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata dengan pewartaan yuran lesen, Bahagian Pengagihan Gas Sarawak mempunyai kuasa mengeluarkan lesen bagi aktiviti-aktiviti pengagihan gas di negeri ini.

Beliau berkata setakat ini, setakat ini, Bahagaian Pengagihan Gas Sarawak telah mengeluarkan 90 lesen bagi pelbagai kategori (aktiviti-aktiviti pengagihan gas).

"Keselamatan dan kesejahteraan adalah keutamaan paling penting. Kementerian saya telah menetapkan peraturan, dasar dan garis panduan bagi pematuhan ketat oleh pemegang-pemegang lesen.

"Dalam kolaborasi dengan kementerian, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan tertentu, kini kita boleh memantau dan membimbing syarikat-syarikat terlibat dalam aktiviti-aktiviti pengagihan gas bagi memastikan keselamatan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Utiliti, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Dr Rundi berkata Kementerian Utiliti telah menganugerahkan lapan permit Approval to Install (ATI), kepada kontraktor gas dan ia akan diikuti permit Approval to Operate (ATO) sebaik pemasangan siap.

"Bagi memenuhi permintaan daripada orang berwibawa, kementerian saya berkolaborasi dengan institusi-institusi tempatan dan pemain industri pengagihan gas dalam proses menganjurkan kursus kecekapan gas di Sarawak.

"Ini akan membolehkan personal yang berminat dilatih dalam negeri dan layak mengambil bahagian dalam perniagaan pengagihan hasil daripada pelaksanaan DGO 2016," ujarnya.

Beliau menambah adalah menjadi hasrat Kementerian Utiliti melihat lebih ramai rakyat Sarawak mendapatkan lesen mereka untuk mengambil bahagian dan membantu merancakkan industri gas di negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement