Anda di sini

Perpaduan asas penting kemajuan negara: Rohani

Advertisement
 Rohani (tengah), Hamdan (kanan), Mas Shamsiah (kiri) dan Mohd Ashree (dua kiri) antara tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
TETAMU KEHORMAT: Rohani (tengah), Hamdan (kanan), Mas Shamsiah (kiri) dan Mohd Ashree (dua kiri) antara tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

SRI AMAN: Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini merupakan asas penting yang membawa negara ke tahap maju, progresif dan aman damai.

Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, beliau berasa yakin situasi itu akan terus dipertahankan kerana rakyat negara ini sentiasa mementingkan perpaduan, bukan sahaja sesama sendiri tetapi juga dengan kaum-kaum lain.

Beliau berkata, keada-an pastinya sukar untuk digambarkan jika rakyat tidak sehaluan dan tiada persefahaman dalam semua perkara.

“Sudah tentu keadaan akan menjadi huru-hara dan apabila keadaan tidak stabil, maka pihak kerajaan agak sukar untuk mengawal situasi dan akhirnya negara kita akan menjadi lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan.

“Oleh kerana itulah ke-rajaan sentiasa menekankan mengenai perpaduan dalam kalangan semua rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Simfoni Lagu-Lagu Dakwah Parlimen Batang Lupar Pe-ringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga sempena Sambutan Maulidur Rasul di Dewan Masjid Bandar Sri Aman di sini, kelmarin.

Program itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar dan Jawatankuasa Perayaan Islam Peringkat Bahagian Sri Aman.

Turut hadir Pegawai Da-erah Sri Aman Mohd Ashree Wee, Penolong Pegawai Da-erah Sri Aman Hamdan Katang, Pemanca Mas Shamsiah Maslem serta ketua-ketua masyarakat.

Rohani berkata, selain perpaduan, perkara lain yang sentiasa ditekankan dalam masyarakat hari ini ialah sikap bekerjasama, tolong-menolong dan memperkukuhkan hubungan baik antara etnik.

“Ini juga salah satu perkara penting yang harus kita miliki kerana tanpa sikap bekerja-sama, tolong-menolong de-ngan kaum-kaum yang lain, sukar untuk kita semua terus maju ke hadapan.

“Kita tidak harus memandang sesebuah kaum sahaja untuk mengamalkan sikap sedemikian, sebaliknya kita harus bersama-sama dengan kaum lain walaupun berbeza agama dan bangsa,” katanya lagi.

Program berkenaan di-selitkan dengan pertandingan nasyid di mana sebanyak empat kumpulan telah mengambil bahagian dalam kategori bawah 12 tahun, manakala tiga kumpulan bagi kategori terbuka.

Bagi kategori bawah 12 tahun, johan disandang oleh Kumpulan Al-Iltizam, Sekolah Kebangsaan (SK) Agama, manakala naib johan dan tempat ketiga dimenangi Kumpulan Uwals Al-Qarni dan SK Sri Aman. Kumpulan Solehah mendapat tempat keempat.

Bagi kategori terbuka pula, tempat pertama dimenangi Kumpulan Amirul Mukmin, Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Datuk Hilir, Kumpulan Remaja Islam kedua, diikuti Kumpulan Belia Islam Masjid Lama, Kampung Tengah ketiga.

Advertisement