Anda di sini

Penunjuk perasaan di Chile bakar universiti, jarah gereja

Advertisement
 Perabot rosak dilihat di atas jalan raya selepas penunjuk perasaan menjarah sebuah gereja ketika protes antikerajaan di Santiago, Chile kelmarin. — Gambar Jorge Silva/Reuters
HURU-HARA: Perabot rosak dilihat di atas jalan raya selepas penunjuk perasaan menjarah sebuah gereja ketika protes antikerajaan di Santiago, Chile kelmarin. — Gambar Jorge Silva/Reuters

SANTIAGO: Penunjuk pe-rasaan di Chile membakar sebuah bangunan universiti dan menjarah sebuah gereja kelmarin selepas rapat umum yang aman untuk menandakan tiga minggu protes luar biasa menentang keadaan sosial dan ekonomi yang tidak sama rata.

Penunjuk perasaan berte-lingkah dengan polis yang telah mendirikan perintang untuk melindungi Universiti Pedro de Valdivia, dan sejurus selepas itu, bumbung kayu bangunan pentadbirannya yang berusia 100 tahun mula terbakar, kata saksi.

Anggota bomba ada masalah untuk sampai kepada kebakaran disebabkan oleh penunjuk perasaan.

Tidak jauh dari sana, penunjuk perasaan yang memakai baju menutup kepala menjarah gereja La Asuncion, yang dibina pada 1876, mengheret perabot keluar dan membakarnya.

Puluhan ribu orang terdahulu berpusu-pusu memenuhi Plaza Italia, yang telah menjadi tumpuan dalam kemarahan akar-umbi ini berhubung gaji rendah, kos pendidikan dan penjagaan kesihatan yang tinggi, dan sistem sosioekonomi yang mereka lihat sebagai meng-untungkan golongan kaya. Pergolakan ini sudah me-ngorbankan 20 orang.

Dalam perarakan sebegitu besar yang ketiga, mereka menamakan semula dataran berkenaan “Plaza Maruah”.

Menjelang senja, penunjuk perasaan menyekat jalan berhampiran sebuah pusat beli-belah mewah yang dianggap sebagai simbol negara Chile yang moden dan makmur dan mendirikan perintang yang dibakar. Mereka menjerit dan melaungkan slogan menentang presiden konservatif Sebastian Pinera.

Pada Khamis lepas, Pinera mengumumkan langkah untuk mengukuhkan ketenteraman awam ekoran protes antikerajaan.

Pergolakan yang bermula pada 18 Oktober lalu dengan protes menentang kenaikan tambang kereta api bawah tanah pada waktu kemuncak dan sudah bertukar menjadi pembakaran, penjarahan dan pertelingkahan harian antara penunjuk perasaan dengan polis dalam bantahan yang lebih meluas terhadap keada-an sedia kala di negara yang dianggap umum sebagai antara yang paling stabil di Amerika Selatan.

Polis berkata pada Khamis lepas hampir 10,000 orang sudah ditangkap dalam pergolakan itu, kebanyakannya dibebaskan tidak lama ke-mudian. — AFP

Advertisement