Anda di sini

Pasar tamu akan diwujudkan di tapak lama tol Jambatan Lanang

Advertisement
 Lau (tengah) serta yang lain ketika bergotong-royong di tapak lama tol Jambatan Lanang di Sibu, semalam.
UTAMAKAN KEBERSIHAN: Lau (tengah) serta yang lain ketika bergotong-royong di tapak lama tol Jambatan Lanang di Sibu, semalam.

SIBU: Sebuah pasar tamu akan diwujudkan di tapak lama tol Jambatan Lanang.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Robert Lau Hui Yew berkata, buat permulaan pihaknya menyasarkan sebanyak 10 gerai didirikan di situ untuk penduduk yang tinggal berhampiran.

“Kita berharap projek ini akan siap pada akhir Januari 2020,” katanya ketika melancarkan Kempen Gotong-Royong Bersama Persatuan Jawatankuasa Perhubungan Kawasan 12 anjuran MDLBS di tapak lama tol Jambatan Lanang di sini, semalam.

Kempen itu bertujuan untuk membersihkan dan mencantikkan tapak lama tol Jambatan Lanang dan kawasan sekitarnya.

Lau percaya dengan penubuhan pasar tamu di kawasan itu dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Daripada maklum balas sebelum ini, beliau berkata ramai pengunjung jarak jauh mengambil peluang untuk berhenti rehat di kawasan itu sebelum meneruskan perjalanan.

Menurutnya, ada segelintir mereka juga membuang sampah secara tidak sengaja di kawasan itu dan menjadikannya tempat yang menjijikkan.

“MDLBS sedang berusaha untuk mengindahkan kawasan ini dan memerlukan kerjasama daripada penduduk setempat,” tegasnya.

Mengenai perkara lain, Lau mengingatkan kanak-kanak agar membaca lebih banyak buku untuk kejayaan masa depan.

“Pengetahuan berasal daripada membaca dan melalui pembacaan yang berterusan, ia dapat membantu membentuk watak anda dan memupuk anda untuk menjadi orang yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau juga berharap Persatuan Jawatankuasa Perhubungan Kawasan 12 dapat menubuhkan perpustakaan di sekitar kawasan itu.

“Sekiranya anda boleh membina perpustakaan, saya boleh menyumbang buku untuk dijadikan bahan bagi bacaan kanak-kanak,” katanya.

Advertisement