Anda di sini

GPS akan berusaha pertahankan JKKK

Advertisement
 Uggah (enam kanan) menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar pada majlis makan malam anjuran JKKK Taman Malihah Fasa 1 dan 2, malam kelmarin.
TERUSKAN USAHA: Uggah (enam kanan) menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar pada majlis makan malam anjuran JKKK Taman Malihah Fasa 1 dan 2, malam kelmarin.

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan berusaha mempertahankan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau memberitahu, se-perti yang diumumkan pada persidangan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN), Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengatakan kerajaan ne-geri akan memperuntukkan RM100 juta tahun depan untuk menyokong jawatan-kuasa itu.

“Ini menunjukkan kerajaan GPS berusaha untuk mempertahankan JKKK di negeri ini,” ujarnya ketika merasmikan majlis makan malam anjuran JKKK Taman Malihah Fasa 1 dan 2 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di Sejingkat di sini malam kelmarin.

Pada Isnin lalu, Abang Johari mengumumkan per-untukan tersebut ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2020 dan mengatakan dana itu akan memenuhi perbelanjaan operasi JKKK termasuk menganjurkan aktiviti kampung, pembayaran elaun mesyuarat dan elaun bulanan kepada pengerusi dan setiausaha jawatankuasa.

Beliau memberitahu DUN bahawa kerajaan negeri me-nyedari peranan penting dan sumbangan jawatankuasa itu sebagai jentera di peringkat akar umbi dalam membantu memastikan keselamatan dan kemakmuran kampung-kampung di negeri ini.

Sementara itu, Uggah memberi jaminan kepada ahli jawatankuasa bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang kekurangan sokongan kepada JKKK di Sarawak.

“Jangan bimbang kerana dengan peruntukan yang di-umumkan oleh Abang Johari, kita dapat menguruskan jawatankuasa ini sendiri (tanpa bergantung kepada pusat).

“Kami sebagai pemimpin yang dipilih akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada JKKK,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut memuji JKKK Taman Malihah Fasa 1 dan 2 kerana berjaya menganjurkan makan malam kutipan dana tersebut.

Beliau menegaskan, ini boleh dijadikan sebagai pencapaian terbaik kerana ia menunjukkan setiap ahli jawatankuasa bersatu dan bekerjasama menjayakan majlis itu.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan geran sejumlah RM69,000 yang mana merangkumi RM20,000 untuk setiap JKKK Malihah Fasa 1 dan 2, RM3,000 untuk latihan kebudayaan, RM3,000 bagi setiap Biro Wanita Taman Malihah Fasa 1  dan 2 dan RM20,000 untuk pembaikan tempat simpanan.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai dan pengerusi penganjur Adi Jala serta tetamu kehormat lain.

  • oleh
  • Advertisement