Anda di sini

Warga B40 digalak tuntut dekoder percuma myFreeview sebelum 30 November

Advertisement
 

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggalakkan warga B40 yang layak dan telah berdaftar di Sabah dan Sarawak untuk menuntut dekoder percuma myFreeview di pusat pengagihan terdekat sebelum 30 November ini.

Menurut kenyataan SKMM, semalam, terdapat lapan pusat pengagihan, iaitu empat  di Sabah dan empat  di Sarawak yang telah diwujudkan dan sedang beroperasi untuk mengedarkan dekoder TV Digital myFreeview kepada golongan B40 tersebut.

Dekoder percuma berkenaan memberi peluang kepada tempatan menikmati siaran TV Digital myFreeview yang berkualiti tanpa sebarang yuran bulanan.

Di Sarawak empat pusat pengagihan untuk mendaptkan dekoder berkenaan adalah di Pusat Khidmat Parlimen Kuching pada 20 hingga 21 November (Kuching), Pusat Khidmat Parlimen Sibu (23 hingga 24 November), Pusat Khidmat DUN Pujut di Miri (26 hingga 27 November) dan Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu di Bintulu pada 29 hingga 30 November bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang, masing-masing.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk membawa bersama kad pengenalan bagi tujuan pengesahan. 

Bagi pengagihan semula dekoder yang gagal dihantar pada kali pertama, caj RM15 akan dikenakan bagi menampung kos penghantaran.

Selain itu, sekiranya ada yang ingin menyemak kelayakan untuk mendapatkan dekoder percuma boleh menerusi langkah sama ada menerusi melalui SMS: Taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan anda) dan hantar ke 15888, atau layari: www.mytvbroadcasting.my/B40.

Atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1800-18-1088.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, layari www.myFreeview.tv atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1-300-80-6988 daripada jam 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum. 

Permohonan set dekoder percuma untuk warga B40 yang layak juga boleh dibuat melalui e-mel ke [email protected] .
 

Advertisement