Anda di sini

UMS rangkul dua anugerah emas, tiga perak pada iENA Jerman 2019

 Delegasi UMS ke iENA 2019 merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Delegasi UMS ke iENA 2019 merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Univesiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya memenangi dua anugerah emas dan tiga perak pada Persidangan International Trade Fair Ideas, Inventions, New Products (iENA) yang diadakan di Nuremberg Jerman baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan UMS, pemenang anugerah emas adalah Prof Madya Dr. Rayner Alfred menerusi 'RTFaceDeep: A Real Time Multiple Faces Recognition for Video Surveillance Using a Deep Learning Architecture'.

Pemenang anugerah emas kedua ialah Prof Madya Dr. Ng Giap Weng menerusi 'DeColourAR: An Augmented Reality Colouring Book for UMS Aquarium and Marine Museum'.

Kedua-dua pemenang adalah berasal dari Fakulti Komputeran dan Informatik.

Sementara itu, pemenang-pemenang anugerah perak adalah Prof Madya . Dr. Md. Shafiquzzaman Siddiquee dari Institut Penyelidikan Bioteknologi menerusi 'AlphamateTM: Solution for Food Wastes Management in Kota Kinabalu Central Prison, Sabah'.

Dr Chee Fuei Pien dari Fakulti Sains Dan Sumber Alam (AIRMATE: Integrated Real Time Particulate Matter Measuring Instrument for Micro Environment Monitoring) dan Prof Madya Dr Sabariah Sharif dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (The Effectiveness of Minimalist Robotics in Enhancing IR 4.0 Classroom) turut berjaya memenangi anugerah perak.

Persidangan pertama iENA yang diadakan di Nuremberg adalah pada 1948. Sejak itu, iENA menjadi pelantar kepada jurucipta dari seluruh dunia untuk memperkenalkan idea-idea baharu mereka.

iENA 2019 adalah ulang tahun ke-70 acara berkenaan dan seramai 800 pencipta dari seluruh dunia telah  menyertai pertandingan itu.