Anda di sini

Tiga lelaki pecah masuk syarikat pemberi pinjam wang berlesen 

Advertisement
HABIBI
HABIBI

KOTA KINABALU: Pemilik pemberi pinjam wang berlesen mengalami kerugian kira-kira RM1,000 dan turut kehilangan beberapa dokumen penting selepas syarikatnya dipecah masuk tiga lelaki tidak dikenali di Segama awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu disedari oleh pengurus syarikat selepas sistem penggera yang disambungkan dengan telefon bimbitnya memberikan amaran.

"Semasa diperiksa melalui telefon bimbitnya itu mangsa mendapati premis berkenaan dipecah masuk tiga lelaki dan segera melaporkan kejadian kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Habibi berkata hasil siasatan mendapati peti besi yang memuatkan wang tunai RM1,000 dan beberapa dokumen penting dilarikan suspek berdasarkan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di dalma premis berkenaan.

"Polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mem,ecah masuk premis bangunan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement