Anda di sini

Polis rampas 41.83 gram syabu, sembilan ditahan dalam Ops

Advertisement
 syabu yang dirampas oleh pihak polis Kinabatangan.
RAMPAS: syabu yang dirampas oleh pihak polis Kinabatangan.

KINABATANGAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan telah berjaya membuat rampasan dadah jenis syabu dianggarkan berat 41.83 gram dalam empat operasi di sekitar daerah ini.

Pihak polis turut menahan dua lelaki tempatan dan tujuh lelaki warga asing berumur antara 20 hingga 45 tahun dalam serbuan Ops Sarang dan Ops Payung bermula 1 November lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Haji Ismail berkata operasi itu dijalankan  oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kinabatangan bermula 1 November yang berakhir semalam (8 November) dijalankan sebanyak tujuh kali Ops Sarang dan 10 kali dalam Ops Payung.

“Sepanjang tempoh itu, pihaknya telah menahan empat lelaki di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum dipenjarakan tidak kurang dua hingga dan tidak lebih lima tahun, dan dikenakan sebatan tidak lebih daripada sembilan sebatan dan tidak kurang daripada tiga sebatan.

“Empat orang lagi ditahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 boleh disabit hukuman denda tidak lebih RM100,00.00 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripda lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum  denda tidak lebih  RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun, dan dikenakan pengawasan polis dua tahun.

Dzulbaharin memberitahu sepanjang tempoh itu juga Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kinabatangan telah berjaya membuat rampasan dadah jenis syabu sebanyak 41.83 gram. 

“Semua tangkapan telah dibawa ke mahkamah untuk direman bagi tindakan lanjut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement