Anda di sini

Pelajar terjatuh dari bangunan semasa protes di Hong Kong meninggal dunia

Advertisement
 Sekumpulan pelajar Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong memegang gambar               Chow ketika menyertai rali antikerajaan di Hong Kong, China semalam. — Gambar Philip Fong/AFP
PROTES: Sekumpulan pelajar Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong memegang gambar Chow ketika menyertai rali antikerajaan di Hong Kong, China semalam. — Gambar Philip Fong/AFP

HONG KONG: Seorang pelajar Hong Kong yang terjatuh dari sebuah tempat letak kereta yang mempu-nyai beberapa tingkat ketika anggota polis dan penunjuk perasaan sedang bertelagah pada hujung minggu lepas telah meninggal dunia, kata pegawai hospital semalam, dalam satu perkembangan yang mungkin akan meningkatkan ketegangan selepas rali ganas selama beberapa bulan di bandar raya itu.

Alex Chow, seorang mahasiswa sains komputer di Universiti Sains dan Teknologi telah disahkan meninggal dunia pada jam 8.09 pagi waktu tempatan semalam, menurut pihak Hospital Ratu Elizabeth.

Chow telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri pada awal pagi Isnin selepas perbalahan lewat malam antara polis dan penunjuk perasaan di daerah Tseung Kwan O.

Dia ditemui terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah tempat letak kereta di mana anggota polis telah menembak gas pemedih mata ke dalamnya selepas beberapa penunjuk perasaan melontar objek dari bangunan ter-sebut.

Punca sebenar bagaimana Chow tercedera adalah tidak jelas namun dia telah terlibat dengan pergerakan bantahan selama lima bulan. — AFP

Advertisement