Anda di sini

Pasukan Keningau muncul juara edisi pertama kejohanan ragbi PSKPPS kali ke-47 2019 

 Pasukan ragi PSKPPS Keningau mencpita sejarah muncul juara edisi pertama Kejohanan Ragbi PSKPP Sabah di Sandakan.
JUARA: Pasukan ragi PSKPPS Keningau mencpita sejarah muncul juara edisi pertama Kejohanan Ragbi PSKPP Sabah di Sandakan.

SANDAKAN:  Penganjuran pesta sukan di bawah Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sabah (PSKPPS) tahun ini melakar sejarah apabila buat julung kalinya telah menambah satu lagi jenis sukan yang turut dipertandingkan iaitu sukan ragbi yang semakin diminati di negara ini. 

Daerah Sandakan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah dan pengelola pesta sukan dan kebudayaan PSKPPS kali ke-47 yang berlangsung baru-baru ini. 

Edisi pertama kejohanan ragbi PSKPPS 2019 yang disertai tujuh pasukan dari seluruh Sabah menyaksikan pasukan PSKPPS Keningau telah diundi bersama Lahad Datu dan Kinabatangan dalam kumpulan A. 

Manakala pasukan tuan rumah (Sandakan) telah diundi bersama PSKPPS Telupid, Tawau dan Kudat dalam kumpulan B. 

Pada saingan peringkat kumpulan, pasukan Keningau mengalahkan Kinabatangan dengan skor 24 berbalas 5, sebelum menjinakkan Lahad Datu 30 berbalas 5 untuk menjadi juara kumpulan A. 

Dalam pusingan separuh akhir, PSKPPS Keningau sekali lagi bertindak cemerlang dengan menundukkan PSKPPS Sandakan yang telah menjadi naib juara bagi kumpulan B dengan skor 36 berbalas 7. 

Separuh akhir kedua pula menyaksikan PSKPPS Lahad Datu berjaya mengalahkan PSKPPS Kudat dengan Skor 10 berbalas 5. 

Sebelum acara utama iaitu akhir bagi kategori Cub, kategori bowl telah dimenangi oleh pasukan Tawau dan tempat kedua dimenangi oleh pasukan Kinabatangan. 

Dalam kategori Plate pula, pasukan Kudat berjaya mengalahkan pasukan tuan rumah iaitu PSKPPS Sandakan.

Acara akhir kategori Cup Champion, PSKPPS Keningau sekali lagi bertemu dengan Lahad Datu yang mana PSKPPS Keningau berjaya menundukkan Lahad Datu dengan skor yang lebih besar iaitu 40 berbalas 5. 

Semantara itu, pengurus pasukan PSKPPS Keningau Anuar Azizi dari Kolej Vokasional Keningau ketika ditemui berkata, pasukan Keningau ini telah mendapat khidmat bekas pemain yang pernah mewakili negara pada tahun 1994, 1995 dan 1996 iaitu Cikgu Masdi Abd Majid yang kini bertugas di SK Bantayan Inanam, selain pemain Agong Cup yang mewakili negeri Sabah iaitu Cikgu Deirdre Daryl Dasing yang bertugas di Kolej Vokasional Keningau.

Tiga lagi pemain yang turut memperkuatkan pasukan ragbi PSKPPS Keningau ialah tiga bekas pemain Angel UPM Serdang iaitu Cikgu  Josephine A. Joseph (SM St. Michael Penampang) selaku ketua pasukan, Cikgu Vincent Yakun (SMK Ranau) dan cikgu Mohd Al Khalifa Mohd Affnan ( Kolej Vokasional Keningau). 

Selain itu, pasukan Keningau juga dilengkapi oleh seorang bekas atlet 110m lompat berpagar negeri Sabah iaitu Cikgu Benstain Berni (SK Pekan Tenom) dan pengadil terbaik ragbi Sabah iaitu Cikgu Andy Andreas (SRK Secreat Heart, Kota Kinalau) selaku pemain paling senior dalam pasukan dan beliau telah menyumbang 2 try sepanjang kejohanan itu.

Para pemain yang lain adalah semuanya pemain muda berbakat besar yang pernah bermain di kejohanan peringkat kebangsaan sewaktu mereka bersekolah dahulu, iaitu kejohanan ragbi Inter MRSM Semalaysia dan kejohanan ragbi  Sekolah Berasrama Penuh Sepuluh sepasukan kebangsaan.

Para pemenang kejohanan itu menerima hadiah yang disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Aniswandy Mohammad. – Artikel sumbangan Salman Abadi.