Anda di sini

Pantai Damai mengukuhkan cengkaman puncak K-League

Advertisement

KUCHING: Pantai Damai mengukuhkan cengkaman di puncak K-League LSC 2019 selepas mencatat kemenangan 2-0 dengan menundukkan KSK Satok pada aksi minggu keenam.

Pasukan itu kini mengumpul 15 mata daripada lima perlawanan namun dicabar Kasika CF di tangga kedua yang turut mengumpul 15 mata.

Kasika CF turut mencatat kemenangan pada minggu lalu dengan menewaskan PJ Warrior, 3-2.

Sementara pasukan 3 Lion Rakan Cop turut mencatat kemenangan dengan menewaskan Impiss FC dengan 3-0 mengumpul 15 mata daripada enam perlawanan untuk menduduki tangga ketiga.

Manakala Yayasan Sarawak di tangga keempat dengan 12 mata.

Kedudukan kelima hingga kelima hingga ke-11 masing-masing disandang KDFA U19 (9), SSC PC (6), KSK Satok (4), PJ Warriors (4), TSM United (1), Impiss FC (1) dan Rzurf Excellent (0).

Saingan diteruskan petang ini dengan dua perlawanan akan berlangsung.

Rzurf Excellent akan menentang TSM United di Padang D di sini, jam 2.15 petang disusuli pelawanan  antara PJ Warriors dan Impsis FC, jam 4.15 petang di venue sama.

Pada Ahad ini, dua lagi perlawanan berlangsung membabitkan pertembungan pendahulu liga, Pantai Damai menentang KDFA U19 di Padang D manakala KSK Satok menanti SSC PC di Padang C.

Kedua-dua perlawanan itu akan bermula jam 4.15 petang.

Pada Isnin, satu lagi perlawanan berlangsung dengan Yayasan Sarawak turun menentang Kasika CF di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini bermula jam 8.15 malam.

Advertisement