Anda di sini

LAKIS santuni pesakit di Hospital Serian

Advertisement
 Mohammad Amin (kanan), Dr Maria (dua kanan), Selamat (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit di wad Hospital Serian, semalam.
PRIHATIN: Mohammad Amin (kanan), Dr Maria (dua kanan), Selamat (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesakit di wad Hospital Serian, semalam.

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) mengadakan Program Ziarah Kasih iaitu penyampaian sumbangan kepada pesakit di wad Hospital Serian semalam.

Ia adalah salah satu pengisian sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Serian Tahun 1441H/2019M hari ini.

Pengerusi LAKIS Mohammad Amin Dan berkata, sumbangan tersebut dihulurkan kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa dan agama.

“Ia juga bagi meraikan pesakit agar mereka tidak berasa begitu tertekan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Sementara itu, Pengarah Hospital Serian Dr Maria Mesra amat berterima kasih kepada LAKIS kerana memilih Hospital Serian sebagai destinasi penganjuran Program Ziarah Kasih sempena sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pemangku Residen Bahagian Serian Selamat Jati Yanjah.

Beliau turut memuji inisiatif LAKIS yang memberi sumbangan kepada semua pesakit tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Program itu katanya, wajar dicontohi tambahan pula Serian merupakan sebuah bahagian yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama.

Pada majlis itu, sebanyak 70 beg bakul makanan disumbangkan kepada pesakit di wad-wad Hospital Serian merangkumi wad wanita (16 orang), wad pediatrik (9), wad lelaki (15), wad bersalin (13) dan unit hemodialisis (17).

Turut hadir ialah para Pemegang Amanah LAKIS.

Advertisement