Anda di sini

Inisiatif ke hadapan pergiat industri perikanan di Bintulu

 Dr Bah Piyan (tiga kanan) menyampaikan Sijil Ketua Jaringan Perikanan (KJP) kepada seorang wakil komuniti nelayan di Bintulu sambil disaksi Bohari (dua kiri) serta tetamu lain semalam.
PELANTIKAN: Dr Bah Piyan (tiga kanan) menyampaikan Sijil Ketua Jaringan Perikanan (KJP) kepada seorang wakil komuniti nelayan di Bintulu sambil disaksi Bohari (dua kiri) serta tetamu lain semalam.

BINTULU: Jabatan Per-ikanan akan melihat inisiatif ke hadapan dalam usaha mempergiatkan industri perikanan di Bintulu seiring dengan kepesatan pembangunan bandar ini dan Samalaju.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusannya Datuk Dr Bah Piyan Tan berkata, pihaknya akan berbincang dengan agensi-agensi melibatkan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk tujuan itu.

Katanya, usaha itu bagi memastikan nelayan tempatan tidak ketinggalan dan membincangkan cara membangun dan menstruktur semula industri perikanan seiring dengan pembangunan yang telah dirancang BDA.

Jelasnya, beliau telah me-lawat jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pasar Ikan Sebiew, pasar ikan pusat bandar Bintulu, lokasi pendaratan ikan serta beberapa lokasi berkaitan lain.

“Perlunya mengambil limpahan daripada pembangu-nan bandar ini termasuk kepesatan pembangunan yang berlaku di Samalaju (Taman Perindustrian Samalaju),” ujarnya pada Program

Penglibatan Bersama Ko-muniti Perikanan dan Kempen Kesedaran Nelayan Bintulu anjuran Jabatan Per-ikanan Laut Sarawak (JPLS), LKIM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Bilik Seminar Dewan Suarah Bintulu semalam.

“Saya juga telah singgah di Samalaju dari Miri, saya melihat perancangan pembangunan tempat itu sangat cepat maka sekiranya (nelayan) tidak mengambil peluang itu, industri per-ikanan akan ketinggalan dan mundur berbanding industri-industri lain.”

Justeru katanya, penubuhan #myKomuniti Perikanan (#myKP) merupakan satu proses yang diwujudkan Jabatan Perikanan sebagai mekanisme kerajaan membangun industri perikanan  melalui penglibatan komuniti nelayan dalam sektor-sektor tertentu sama ada perikanan, pelancongan dan sebagainya atau mencipta sesuatu melalui aktiviti setempat.

Beliau berkata, ada aktiviti yang boleh dirancang oleh #myKP perlu memohon kepada kerajaan sama ada melalui Jabatan Perikanan, LKIM, agensi negeri dan sebagainya yang boleh diurus supaya menjadi kenyataan.

“Di peringkat jabatan, kami boleh pertimbangkan di bawah peruntukan ‘touch point’ tetapi kami melihat skop mana boleh dibantu, namun mereka boleh kemukakan cadangan tertentu sama ada melalui daerah atau negeri,” jelasnya.

Dr Bah Piyan berkata, industri perikanan di Bintulu mempunyai potensi yang amat besar dan merupakan pengeluar ikan yang kedua terbesar di negeri ini selepas Kuching.

“Sekarang banyak bot-bot (nelayan) memasuki Bintulu kerana Bintulu mempunyai prospek paling tinggi untuk dibangunkan sebagai pusat industri perikanan dan terdapat 222 vesel yang beroperasi di sini yang juga mempunyai potensi untuk dibangunkan,” tambahnya.

Menurutnya, ikan-ikan yang ditangkap di sini ada yang disejuk beku, dihantar ke Kuching dan sebagainya, maknanya potensi industri itu sangat besar pada masa akan datang.

“Maka melalui penubuhan #myKP yang merangkumi tiga tempat iaitu Bintulu, Tatau dan Nyalau, kami berharap mereka menjadi orang perantaraan dan perhubungan dengan Jabatan Perikanan atau agensi-agensi berkaitan.

“Setiap #myKP di Bintulu juga diharap mempunyai projek tertentu yang boleh dilaburkan sama ada melibatkan peningkatan ekonomi, pegawasan sumber dan sebagainya,” tambahnya.

Hadir sama Pengarah JPLS Bohari Leng, Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Zai-nuuddin Abdul Wahab, Pegawai Wilayah 3 LKIM Miri Raymond Rosidih, Ketua Perikanan Wilayah 3 Miri Buniamin Kiprawi, Ketua Perikanan Daerah Bintulu Zukifli Ramli, Pegawai AADK Daerah Bintulu Nicholas Sam dan Pengarah Maritim Zon Bintulu Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah.