Anda di sini

Dua cawangan Pasar Raya Everwin tawar harga terendah sempena Hari Keahlian

__alt__
 Orang ramai memilih barang keperluan mereka di Pasar Raya Everwin di Terminal Bus Sibu (Jalan Pahlawan).
REBUT PELUANG: Orang ramai memilih barang keperluan mereka di Pasar Raya Everwin di Terminal Bus Sibu (Jalan Pahlawan).

SIBU: Dua cawangan Pasar Raya Everwin di Terminal Bus Sibu (Jalan Pahlawan) dan Jalan Channel menawarkan harga terendah untuk semua jenis barangan sempena Hari Keahlian bermula 8 hingga 10 November ini.

Pengurus Besar Kumpulan Everwin Moh Yong Ming berkata pengunjung yang mempunyai kad keahlian akan menikmati harga keahlian yang sangat berbaloi untuk semua barang di pasar raya berkenaan.

“Sempena Hari Keahlian ini, kami menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk semua pelanggan yang mempunyai kad keahlian Everwin.

“Tawaran hebat ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga Ahad,” jelasnya kepada pemberita semalam.

Moh berkata waktu operasi kedua-dua cawangan Everwin akan bermula dari jam 8 pagi hingga 11 malam untuk tempoh tiga hari berkenaan.

Menurutnya, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih mudah daripada harga pembekal sepanjang Hari Keahlian dengan diskaun 20 hingga 80 peratus.

“Setiap tahun kami mengadakan Hari Keahlian untuk semua pelanggan yang setia berkunjung ke pasar raya Everwin.

“Dan tahun ini Kumpulan Everwin meraikan ulang tahun ke-16, Hari Keahlian adalah salah satu aktiviti di samping aktiviti cabutan bertuah dan promosi Beli & Menang,” ujarnya.

Untuk memiliki kad keahlian Everwin, Moh berkata para pelanggan hanya perlu membayar RM5 untuk pendaftaran seumur hidup.

“Datang beramai-ramai dan jangan lepas peluang menikmati harga terendah yang ditawarkan di Pasar Raya Everwin di Terminal Bus Sibu (Jalan Pahlawan) dan Jalan Channel untuk  tiga hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Kumpulan Everwin akan membuka cawangan ke-23 di Pujut Miri dan melebarkan sayap membuka cawangan pertama di Papar, Sabah pada hujung tahun ini.