Anda di sini

DNC puji langkah Sarawak menyekat ekstremis agama

Advertisement
Patrick (kiri) serta yang mendengar perkongsian ilmu oleh penceramah pada Forum Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa DNC di Dewan  DBNA hari ini.
Patrick (kiri) serta yang lain mendengar perkongsian ilmu oleh penceramah pada Forum Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa DNC di Dewan DBNA, hari ini.

KUCHING: Kongres Kebangsaan Dayak  (DNC) memuji  langkah Sarawak menyekat penceramah seperti Zakir Naik dan ekstremis agama yang lain daripada memasuki negeri ini. 

Pengerusi Forum Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa DNC, Patrick Sibat Sujang berkata Sarawak juga harus berhati-hati agar tidak terpengaruh oleh individu  ekstremis tertentu yang telah diracuni oleh ideologi politik seperti PAS. 

"Kami mahu pemimpin Sarawak tidak berdiam diri untuk ketepatan politik apabila terdapat tanda penyusupan ke dalam masyarakat kita oleh sebarang bentuk ekstremis agama atau penyalahgunaan agama bagi kepentingan politik peribadi," katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa DNC yang berlangsung di Dewan Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) di sini, hari ini.

Terdahulu Patrick yang juga ahli DNC berkata hak kebebasan beragama dijamin dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. 

Malah katanya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga memelihara beberapa perlindungan undang-undang berhubung kebebasan beragama atau kepercayaan di negara ini. 

 "Tetapi sejak pembentukan Malaysia, etnik dan agama sering digunakan oleh parti politik untuk memajukan agenda mereka. 

"Ini telah mengakibatkan peningkatan sikap tidak bertoleransi agama yang menjadi kebimbangan terutama di Semenanjung Malaysia dan sekarang merangkak ke Sarawak dan Sabah," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement