Anda di sini

11,158 peserta sertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kuching

Advertisement
Padang Merdeka sudah mula dipenuhi oleh kontinjen-kontinjen seawal jam 7 pagi. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi 
Sebagaian daripada kontinjen yang kelihatan bersemangat pada perarakan itu. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Sebanyak 279 kontinjen membabitkan seramai 11,158 peserta menyertai majlis Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Mereka mewakili agensi kerajaan, badan-badan berkanun, firma swasta, jawatankuasa masjid dan surau, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), institut pengajian tinggi, sekolah, kontinjen khas l bukan beragama Islam dan banyak lagi.

Bertemakan ‘Ummah Gemilang’, majlis perhimpunan dan perarakan itu diadakan di Padang Merdeka di sini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Abang Johari menyampaikan ucapan. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

Hadir sama memeriahkan majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta barisan anggota kabinet negeri lain dan pemimpin masyarakat.

Kontinjen pakaian beruniform dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa sepanduk mengelilingi laluan perarakan yang telah ditetapkan. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi 

Sementara itu, perarakan yang bermula dari Padang Merdeka dibahagikan kepada dua laluan iaitu kawasan bandar dan kampung.

Perarakan ke laluan kampung melibatkan jarak sejauh 4.2 kilometer (km) merangkumi kawasan seperti Kampung Bandarshah, Kampung No.2 dan Masjid Bahagian Kuching manakala laluan bandar merangkumi Jalan McDougall , Tebingan Kuching dan Padang Merdeka sepanjang 3.5 km.

Turut diadakan pada majlis itu ialah nyanyian marhaban dan nasyid mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad SAW.
 

  • oleh
  • Advertisement