Anda di sini

Sokongan ibu bapa sentiasa diperlukan bagi peningkatan potensi pelajar

Advertisement
 (tiga kiri) Iqbal, Ahmad, Dr Teo, Adly serta yang lain merakam kenangan bersama antara penerima anugerah dan ibu bapa yang hadir sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2019 SK Jalan Bintang, kelmarin
UNTUK ALBUM: (tiga kiri) Iqbal, Ahmad, Dr Teo, Adly serta yang lain merakam kenangan bersama antara penerima anugerah dan ibu bapa yang hadir sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2019 SK Jalan Bintang, kelmarin

MIRI: Sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa terhadap aktiviti sekolah dilihat mampu membantu meningkatkan potensi perkembangan pelajar, jelas Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo.

Katanya ibu bapa yang sentiasa menyokong selain para guru yang membim-bing para pelajar, ia secara langsung dapat menyuntik semangat anak-anak untuk terus bersemangat belajar serta terlibat dalam pelbagai aktiviti di sekolah.

“Sentiasa luangkan masa anda sebagai ibu bapa untuk hadir dan menyertai setiap program atau aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah dalam usaha membantu meningkatkan semangat kejayaan anak-anak kita dan memberi mereka motivasi.

“Malah, melalui aktiviti seperti kokurikulum sekolah dapat memberi kesan positif kepada anak-anak kita yang bukan sahaja me-ningkatkan semangat mereka diberi sokongan, tetapi turut memupuk semangat perpaduan, kesukanan dan integrasi nasional,” ujarnya.

Dr Teo berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2019 Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang di pusat beli-belah Boulevard di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Guru Besar Ahmad Othman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Adly Munzir Mohd Tahir, Naib Yang Dipertua PIBG Iqbal Abdollah serta tetamu lain.

Menurut Dr Teo, majlis anugerah berkenaan secara langsung menaikkan sema-ngat para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan bagi terus aktif dalam kokurikulum.

“Pada masa sama, para guru juga harus berusaha keras melalui kerjasama yang mantap bersama ibu bapa,” tambahnya.

Terdahulu, Ahmad dalam ucapan aluannya mengucapkan tahniah kepada para pelajar tersebut yang bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, tetapi dalam kokurikulum.

“Anak-anak kita inilah bakal pemimpin suatu masa kelak dan besar harapan kita untuk melihat mereka berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik atau kokurikulum, tetapi turut berdisiplin dalam kepribadian masing-masing.

“Biarlah anak-anak ini menjadi contoh kepada pelajar lain selepas mereka meninggalkan SK Jalan Bintang kelak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan PIBG serta warga sekolah dalam setiap penganjuran aktiviti sekolah dan berharap kerjasama erat terbabit dapat diterus serta diperkukuhkan.

Setiap pelajar berkenaan menerima sijil penghargaan ketua dan penolong ketua kelas, sijil penghargaan pengawas, sijil dan hadiah kecemerlangan kokurikulum murid terbaik peringkat sekolah kategori unit beruniform, kelab atau persatuan serta sukan dan permainan, sijil dan hadiah kecemerla-ngan kokurikulum peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis terbabit turut me-nyaksikan Ewanash Nagarajan terpilih sebagai penerima Anugerah Murid Terbaik Kokurikulum SK Jalan Bintang 2019 manakala Damian Sigau Lalo sebagai penerima Anugerah Murid Terbaik Kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Jalan Bintang 2019.

Advertisement