Anda di sini

SK Sg Lada atasi Sg Bedaun 4-3 bola baling peringkat WP Labuan

Advertisement
 Pasukan bola baling SK Sg Lada.
JUARA: Pasukan bola baling SK Sg Lada.

LABUAN: Perlawanan akhir bola baling sekolah-sekolah rendah Wilayah Persekutuan Labuan semalam menyerlahkan kecemerlangan SK Sg Lada mengalahkan SK Sg Bedaun 4-3.

Pengiring pemain Ag Mat Rahim berkata, kejohanan tiga hari berakhir semalam itu berlangsung di padang SK Sg Lada.

"Permainan agak seimbang seawal perlawanan namun akhirnya SK Sg Lada menunjukkan kelibat memenangi perlawanan itu di gelanggang sendiri," katanya.

Menurutnya, sebanyak 15 sekolah di sini menghantar pasukan bertarung di perlawanan itu.

Pihak penganjur yakin kejohanan itu dapat menyusun pasukan terbaik peringkat sekolah rendah untuk diketengah ke peringkat yang lebih mencabar.

  • oleh
  • Advertisement