Anda di sini

Pusat Sehenti di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching ditutup

Advertisement
 

KUCHING: Pusat Sehenti di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang terletak di Simpang Tiga, di sini akan ditutup, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani. 

Menurutnya, laporan polis berkaitan kes-kes jenayah boleh dilakukan di balai polis berhampiran.

Bangunan itu akan menempatkan Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah dan Trafik Daerah Kuching.

"Tempat itu masih dibuka cuma ia dinamakan sebagai Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah dan Trafik IPD Kuching," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Advertisement