Anda di sini

PPM gagalkan penyeludupan minyak petrol ke negara jiran

Advertisement
 Antara enjin dan minyak petrol yang dirampas semasa serbuan itu.
RAMPASAN : Antara enjin dan minyak petrol yang dirampas semasa serbuan itu.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya gagalkan penyeludupan minyak petrol  ke negara jiran Filipina dalam tiga lokasi serbuan berasingan, di sini kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, 168  jerikin berisi  3,432 liter petrol disyaki akan diseludup ke negara jiran berjaya ditemui di dalam operasi itu.

“Serbuan dilakukan susulan maklumat daripada Unit Risikan Marin berhubung aktiviti  mencurigakan di lokasi-lokasi terbabit,” katanya, di sini, semalam.

Mengulas lanjut serbuan pertama dilakukan oleh dua anggota unit risikan Marin  menggunakan bot samaran PPM bersama bahagian risikan Esscom dibantu botronda Pgr 10 dan Rh47 PPM menjalankan tugas di bawah 'Op Pensura Khas'.

"Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot berwarna kelabu bertaris hitam merah tanpa  nombor pendaftaran di Kampung Kuala Bibang  pada jam 8.00 malam menjumpai 32  jerikan berisi 800 liter minyak petrol.

"Kita mengesyaki minyak petrol itu bertujuan untuk diseludup ke negara jiran Filipina  di samping itu, tiada pengakuan pemilik bot tersebut," katanya.

Pajeri berkata, serbuan berikutnya diteruskan pada jam 9.00 malam di kampung yang  sama telah menahan enam buah bot.

"Melalui unit risikan PPM, bot-bot tersebut disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti  penyeludupan barang kawalan minyak petrol ke negara jiran," katanya.

Beliau berkata, misi yang sama di kampung tersebut pada jam 11.00 malam, anggota  kita menyerbu stor tempat penyimpanan minyak petrol bersubsidi.

"Serbuan tersebut dilakukan di sebuah kedai runcit yang dipercayai dijadikan stor menyimpan minyak bersubsidi untuk tujuan diseludup ke negara jiran,"  katanya lagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati di ruangan kedai tersebut menemui 136  jerikin minyak petrol yang disimpan tanpa kelulusan dan permit yang sah daripada  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, dalam serbuan ketiga ini PPM berjaya menahan seorang lelaki, 47 tahun, warganegara Malaysia mengaku pemilik semua minyak petrol tersebut.

"Suspek juga gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah dan disyaki terlibat  menjalankan kegiatan penyeludupan minyak petrol ke negara jiran," katanya.

Pajeri berkata, suspek terbabit ditahan mengikut kesalahan di bawah Akta Kawalan  Bekalan 1961 kerana menyimpan dan menyorok barang kawalan.

Menurutnya lagi, semua barang rampasan termasuk bot, enjin dan minyak petrol tersebut dianggarkan berjumlah RM184,736 dan kesemuanya sudah dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya. 

 Suspek dan minyak petrol yang berjaya ditahan oleh anggota PPM.
SUSPEK: Suspek dan minyak petrol yang berjaya ditahan oleh anggota PPM.
  • oleh
  • Advertisement