Anda di sini

Percepatkan proses surat hak milik individu di bawah Seksyen 18 di Kedup

Advertisement
 

KUCHING: Agensi berkaitan diminta untuk mempercepatkan proses pengeluaran surat hak milik tanah individu Seksyen 18 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup.

Martin Ben (GPS-Kedup) berkata, di konstituensi Kedup, sebanyak 58 kampung  telah mengemukakan permohonan penyukatan tanah mereka kepada kerajaan dengan setengah daripadanya telah diwartakan dibawah Seksyen 6.

"Sementara 18 buah kampung telah mengemukakan permohonan untuk Kampung Tradisi dan Lot Pertanian diberikan surat hak milik individu di bawah Seksyen 18.

"Ia dijalankan dibawah Inisiatif Dokumentasi DBNA (Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh). Ia telah dikemukakan sejak tahun 2017 namun belum ada surat hak milik telah dikeluarkan," katanya ketika membahaskan Belanjawan Sarawak 2020 pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan menerusi agensi bertanggungjawab mempercepatkan proses pengeluaran surat hak milik individu di bawah Seksyen 18 di konstituensi Kedup.

Martin berkata, dalam Belanjawan Sarawak 2020, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM40 juta dibawah Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu.

Menurut beliau, insiatif berkenaan amat disokong oleh masyarakat di negeri ini.

"Walaupun inisiatif ini sangat cemerlang, tetapi ia perlu disokong dengan perkhidmatan penyampaian yang saksama oleh agensi yang terlibat," katanya.

Advertisement