Anda di sini

Majlis Sastera Negeri dicadang ditubuhkan, jaga kesusasteraan dan persuratan

Advertisement
 

KUCHING: Satu Majlis Sastera Negeri Sarawak dicadang diwujudkan sebagai badan menjaga kesusasteraan dan persuratan negeri.

Razi Sitam (GPS-Saribas) berkata ilmuwan dan ahli akademik Sarawak tidak mahu bidang kesusteraan dan persuratan Sarawak dipinggirkan.

"Majlis ini berfungsi menyatukan pakar penulisan dalam satu Sidang Kemuncak Penulis Borneo yang mempunyai persamaan dari segi sejarah, budaya dan cara hidup.

"Saya ingin menyampaikan hasrat segelintir ilmuwan dan pencinta seni dan sastera dari kalangan rakyat Sarawak agar dipertimbangkan kewujudan Majlis Sastera Negeri Sarawak," katanya ketika membahaskan Belanjawan Sarawak 2020 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Katanya, bidang kesusasteraan dan penulisan di kalangan anak semakin berkembang, dimana Sarawak banyak melahirkan penulis-penulis berwibawa dan penerbitan buku tentang kearifan anak Sarawak.

Maka itu kata beliau, sudah tiba masanya kerajaan negeri terlibat secara langsung menyatukan mereka ini dalam satu badan seperti Majlis Sastera Negeri Sarawak.

"Diharap perbanyakkan program seperti program Pembinaan Karyawan Muda Sarawak. Kita tidak mahu ilmuwan dan pakar penulisan anak tempatan ketinggalan dalam arus pembangunan.

"Mereka mungkin tidak banyak tetapi kepakaran mereka di dalam penulisan adalah aset penting Sarawak," katanya.

Advertisement