Anda di sini

HUAWEI Malaysia adakan bengkel pembelajaran pengalaman untuk media

 Produk Smart HUAWEI boleh didapati di seluruh negara bermula 15 November.
PROMOSI KHAS: Produk Smart HUAWEI boleh didapati di seluruh negara bermula 15 November.

KUALA LUMPUR: HUAWEI Malaysia mengadakan bengkel pembelajaran pengalaman untuk ahli-ahli media agar mereka dapat mengenali dengan lebih lanjut mengenai produk pintar terbaharu HUAWEI semalam.

Bengkel itu didedikasikan untuk mempamerkan keupayaan produk inovatif dan penyelesaian berprestasi tinggi sama ada untuk kerja, gaya hidup cergas, fesyen dan pembaikan rumah pintar.

“HUAWEI mempunyai matlamat untuk membawa pengalaman hidup pintar kepada para pelanggan dalam membuat peralihan antara kerja, bermain atau rumah dan pejabat dengan sambungan lancar,” ujar satu kenyataan yang dikeluarkan HUAWEI semalam.

Menurut kenyataan itu juga, komitmen HUAWEI untuk membawa dunia yang bersambung sepenuhnya dalam ekosistem pintar dalam semua senario dapat disaksikan apabila ia memperkenalkan pelbagai produk pintar baharu tahun ini di IFA Berlin 2019.

Produk-produk yang diperkenalkan itu dipersembahkan kepada ahli-ahli media semasa bengkel diadakan semalam.

Ahli-ahli media juga diberi peluang untuk merasai pe-ngalaman penuh bagi produk tersebut.

“Ianya bertujuan untuk memberi sokongan visual kepada ahli-ahli media untuk pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana produk Smart Life HUAWEI berfungsi dalam situasi kehidupan sebenar,” ujar kenyataan terbabit.

Tambah kenyataan itu juga, melalui HUAWEI Mate 30 Pro, pengguna boleh menggunakan HUAWEI One Tap Share dan kerja mereka menjadi lebih cekap dan mereka sekaligus mengamalkan gaya hidup pintar.

Bagi pelanggan yang berminat akan Produk Pintar HUAWEI, ianya boleh didapati di seluruh negara bermula daripada 15 November depan.

Promosi khas akan diberikan kepada pelanggan apabila mereka membeli produk semasa pelancaran dilangsungkan seluruh negara.