Anda di sini

Empat pelancong antara lapan cedera dalam serangan pisau di Jerash, Jordan

Advertisement
 Pegawai menyorong troli yang membawa pelancong cedera ke Pusat Perubatan Raja Hussein selepas serangan pisau                 di tapak arkeologi terkenal di Jerash, utara Jordan kelmarin menyebabkan lapan orang cedera. — Gambar Muhammad Hamedg/Reuters
CEDERA: Pegawai menyorong troli yang membawa pelancong cedera ke Pusat Perubatan Raja Hussein selepas serangan pisau di tapak arkeologi terkenal di Jerash, utara Jordan kelmarin menyebabkan lapan orang cedera. — Gambar Muhammad Hamedg/Reuters

AMMAN: Lapan orang, termasuk empat pelancong, cedera dalam serangan pisau kelmarin di tapak arkeologi terkenal di Jerash di utara Jordan, seorang jurucakap keselamatan memberitahu AFP.

Empat pelancong – tiga dari Mexico dan seorang wanita Switzerland – cedera, bersama dengan seorang pemandu pelancong Jordan dan seorang pegawai keselamatan yang cuba untuk menghalang pe-nyerang tersebut, kata jurucakap direktorat keselamatan awam Amer Sartawi.

“Penyerang telah segera ditangkap,” menurut direktorat keselamatan dalam satu kenyataan.

Motif bagi serangan, yang berlaku pada waktu tengah hari di kawasan tinggalan Roman di Jerash, satu tarikan terkenal 50 kilometer dari ibu negeri Amman, masih belum diketahui, tambah Sartawi.

Seorang sumber dalam perkhidmatan keselama-tan, meminta identitinya dirahsiakan, memberitahu AFP bahawa penyerang dikenal pasti sebagai Moustafa Abourouis berusia 22 tahun dan “datang dari kem pelari-an Palestin di Souf”.

Kem Souf, terletak tidak jauh dari Jerash, telah didirikan pada 1967 untuk melin-dungi penduduk Palestin yang meninggalkan Tebi-ngan Barat dan Semenanjung Gaza ketika Perang Enam Hari antara Israel dan negara-negara Arab.  

Menteri Kesihatan Saad Jaber mengesahkan lapan orang cedera, selepas Sartawi berkata mereka telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Jaber telah melawat mangsa yang cedera di hospital awam di Jerash, ditemani oleh duta Mexico ke Jordan.

Menteri itu menyatakan empat daripada mangsa “mengalami kecederaan  sederhana hingga teruk, sementara empat lagi meng-alami kecederaan ringan”.

“Seorang pelancong Me-xico berada dalam keadaan serius dan seorang pemandu pelancong Jordan telah di-pindahkan dengan menggunakan helikopter ke Pusat Rawatan Raja Hussein di Amman, tambah beliau.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi telah menghubungi rakan setugasnya di Switzerland Ignazio Cassis dan timbalan setiausaha luar negara Mexico Julian Ventura  bagi memberikan jaminan kepada mereka bahawa Jordan sedang menjaga rakyat negara  mereka dan mereka akan dimaklumkan secara berterusan mengenai keputusan siasatan.

Pemandu pelancong Jordan Zouheir Zreiqat yang menyaksikan serangan memberitahu

AFP bahawa ia telah berlaku “sebelum waktu tengah hari ketika kira-kira 100 pelancong asing” berada di kawasan berkenaan.

“Seorang lelaki berjambang dalam lingkungan usia 20-an yang berpakaian serba hitam dan memegang sebilah pisau telah mula menikam pelancong,” kata Zreiqat.

Beliau berkata mereka yang lain mula menjerit-jerit meminta bantuan serta beliau bersama dengan tiga pemandu pelancong yang lain dan tiga pelancong telah berjaya menghalang penyerang tersebut.

“Kami mengejar dia se-hingga kami berjaya menangkap dan menjatuhkannya di atas tanah,” kata Zreiqat.

“Kami merampas pisau daripada tangannya. Dia hanya berdiam diri sehingga anggota polis sampai dan menahannya.”

Ia bukan kali pertama sebuah kawasan tarikan pelancongan Jordan telah menjadi sasaran serangan.

Pada Disember 2016, di Karak, kawasan bagi salah satu istana Salib terbesar di wilayah ini, 10 orang terkorban dalam serangan yang turut menyebabkan 30 cedera.

Tujuh anggota polis, dua warga awam Jordan dan seorang pelancong Kanada terkorban dalam serangan itu.

Diakui oleh kumpulan Daesh (IS), ia mencetuskan kebimbangan bagi industri pelancongan yang merupakan tulang belakang ekonomi Jordan.

Seramai 10 orang telah di-sabitkan bagi serangan tersebut, dengan dua dijatuhkan hukuman mati.

Beberapa insiden ganas melanda negara itu pada tahun yang sama, termasuk pengeboman nekad pada Jun yang diakui oleh IS yang mengorbankan tujuh pengawal sempadan Jordan berhampiran sempadan de-ngan Syria.

Amman telah memainkan peranan yang ketara dalam perjuangan pakatan dike-tuai oleh Amerika Syarikat terhadap IS di Syria dan Iraq, kedua-duanya berjiran dengan Jordan.

Kekurangan sumber semula jadi dan kebergantu-ngan kepada bantuan asing, kerajaan itu berdepan dengan kadar pengangguran pada 18.5 peratus dan satu perlima daripada populasi seramai 10 juta orang tinggal hanya di atas garis kemiskinan.

Pelancongan merupakan satu sektor utama yang membentuk 14 peratus daripada KDNK pada  2019, dan pihak berkuasa Jordan telah berusaha untuk mengeluarkannya daripada krisis akibat pergolakan wilayah. — AFP

Advertisement