Anda di sini

China jatuhi hukuman mati ditangguh ke atas pengedar ‘fentanyl’

 Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China, Yu Haibi (tengah) bercakap semasa taklimat di Xingtai, wilayah Hebei, China semalam. — Gambar Wang Zhao/AFP
TAKLIMAT: Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China, Yu Haibi (tengah) bercakap semasa taklimat di Xingtai, wilayah Hebei, China semalam. — Gambar Wang Zhao/AFP

XINGTAI: China kelmarin memenjarakan sembilan orang, dengan seorang dijatuhkan hukuman mati ditangguh, kerana menjual ‘fentanyl’ secara haram kepada pembeli dari Amerika Syarikat (AS), hasil daripada siasatan bersama  penting terhadap sejenis dadah yang telah menyebabkan kematian ribuan rakyat AS.

AS sudah lama menuduh China menjadi sumber utama bagi candu berbahaya, de-ngan Presiden Donald Trump pada Ogos lepas mendakwa Beijing telah memungkiri janjinya untuk membanteras dadah berkenaan.

Mahkamah di utara wilayah Hebei menggambarkan kes tersebut sebagai siasatan bersama pertama yang berjaya oleh  pihak berkuasa Beijing dan AS.

Biro Narkotik China pada 2017 membongkar sebuah sindiket penjenayah berpangkalan di Shanghai dan wilayah timur Jiangsu serta merampas 11.9 kilogram fentanyl, bertindak berdasarkan satu maklumat daripada pihak berkuasa sempadan AS, menurut mahkamah.

Seorang lelaki bernama Liu telah dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun sementara lapan lagi dijatuhkan hukuman penjara meliputi dari enam bulan hingga seumur hidup, kata Mahkamah Perantaraan Rakyat Xingtai.

“Terpengaruh dengan keuntungan yang tinggi dan permintaan yang ba-nyak daripada pembeli luar negara, tiga orang bernama Wang, Liu dan Jiang telah menyeludup fentanyl termasuk alprazolam, sejenis ubat untuk meredakan kebimbangan yang dipres-kripsikan juga dikenali sebagai Xanax, untuk pembeli AS, katanya.

Penjatuhan hukuman muncul di tengah-tengah rundingan mengenai satu perjanjian AS-China yang berpotensi selepas konflik dagangan selama lebih setahun antara kedua-dua negara, di mana fentanyl telah menjadi satu isu utama. — AFP